Anda di sini

Bom kereta ragut 17 nyawa di Azaz, Syria: Pemerhati

Advertisement

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh kelmarin dalam letupan bom kereta berhampiran sebuah pasar sibuk dan masjid di sebuah bandar yang ditawan oleh pemberontak di barat laut Syria, kata sebuah badan pemerhati perang.

Empat kanak-kanak adalah di antara mereka yang terkorban dalam letupan di Azaz, di tengah sebuah zon pengaruh Turki di wilayah Aleppo, kata Syrian Observatory for Human Rights.

Serangan turut men-cederakan lebih 20 orang, kata pemerhati yang berpusat di Britain.

“Ramai orang beredar selepas waktu sembahyang petang ketika letupan itu berlaku,” kata ketua Observatory Rami Abdul Rahman.

Di sebuah pasar berhampiran, orang ramai yang membeli pakaian dan hadiah menjelang perayaan Aidilfitri yang akan datang, yang menandakan berakhirnya bulan mulia umat Islam, Ramadan, juga merupakan di antara mangsa, kata Jihad Berro, seorang koroner di sebuah hos-pital tempatan.

Beliau menyatakan fasiliti perubatan telah penuh dengan mangsa dan ahli keluarga mereka.

“Ruang kecemasan telah penuh, kami me-nempatkan kesemua mayat di atas lantai,” jelas beliau.

“Ia adalah satu bencana yang besar menjelang sambutan Aidilifitri.”

Seorang penduduk Abu Youssef berkata letupan telah membakar kawasan kejiranan.

“Kerosakan adalah teruk, sekurang-kurangnya enam kedai terbakar, bahagian depan beberapa kedai lain telah mus-nah,” beliau memberitahu AFP.

Masih belum diketahui siapa yang mendalangi serangan tersebut.

Pengeboman berlaku sehari selepas satu letupan yang sama membunuh 10 orang dan mencederakan 20 yang lain di bandar timur laut Raqa.

Turki telah melancarkan Operasi Perisai Euphrates pada 2016 dan merampas lebih 2,000 kilometer persegi di utara Syria termasuk Azaz, mengusir pejuang jihad ketika menghalang sebarang kemaraan pihak Kurdish di wilayah ter-sebut.

Ankara mengekalkan pasukan tentera dan pasukan perisikan Turki di kawasan tersebut, dan masih membantu pasukan polis tempatan. — AFP

Advertisement