Anda di sini

Mencari motif jurutera AS tembak mati 12 sebelum bunuh diri

Advertisement
 Papan kayu menutup pintu depan rumah Craddock di Virginia, Beach, Virginia kelmarin. — Gambar AFP
SEPI: Papan kayu menutup pintu depan rumah Craddock di Virginia, Beach, Virginia kelmarin. — Gambar AFP

VIRGINIA BEACH: Polis di Virginia masih mencari motif yang mendorong seorang jurutera perbandaran untuk melepaskan tembakan rambang ke arah rakan sekerjanya, mengubah bangunan perbandaran menjadi zon perang ketika dia membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan empat yang lain sebelum menembak dirinya sendiri.

Pihak berkuasa menamakan penyerang dalam serangan Jumaat lepas sebagai DeWayne Craddock, dengan laporan berita berkata dia berusia 40 tahun.

Untuk memberi fokus kepada mangsa terbaharu keganasan senjata di Amerika, pegawai berkata mereka tidak akan menyebut lagi nama penyerang secara terbuka.

Craddock, mati ketika berbalas tembakan dengan polis, adalah pekerja jabatan kerja raya di Virginia Beach dan telah bekerja di sana selama 15 tahun, kata ketua polis James Cervera pada sidang media.

Beliau menolak untuk berkata jika Craddock diambil tindakan disiplin dalam beberapa minggu lalu.

Laporan media berkata penyerang pernah berkhidmat dalam Pasukan Tentera Kebangsaan selepas tamat sekolah tinggi.

Craddock bersenjatakan dua pistol .45 kaliber, kedua-duanya kelihatan dibeli secara sah, kata Ashan Benedict dari Biro Alkohol, Tembaga, Senjata dan Bahan Letupan (ATF).

Sekurang-kurangnya satu pistol dilengkapi dengan peredam bunyi dan Craddock mengisi semula peluru beberapa kali, kata Cervera.

Dua senjata lain ditemui di kediaman Craddock, di mana dia tinggal bersendirian.

Satu senjata telah dibeli secara sah dengan pihak berkuasa berusaha mengesan satu kesahihan satu lagi senjatanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menulis kicau di mana beliau ada bercakap menerusi telefon kepada Gabenor Virginia, Ralph Northam dan pegawai Virgina Beach untuk menyampaikan ucapan takziah.

Beliau juga mengarahkan bendera AS dikibar separuh tiang sehingga matahari terbenam pada hari Selasa.

Northam, yang bercakap semasa majlis doa di luar panggung wayang, secara retorik bertanya, “Kenapa tragedi ini berlaku? Dan saya tidak mempunyai satu jawapan untuknya namun Tuhan tahu dan Tuhan mengawal keadaan di sini.”

Pengurus majlis perbandaran, Dave Hansen, memulakan sidang media dengan menunjukkan gambar 12 orang yang terkorban, tujuh lelaki dan lima wanita, ketika membaca dengan perlahan kesemua nama mangsa.

Semua kecuali seorang mangsa bekerja untuk kerajaan di bandar raya itu yang terletak kira-kira empat jam memandu tenggara Washington.

Polis menerima panggilan kecemasan dari pusat perbandaran pada hari Jumaat, satu kawasan dengan 30 bangunan, bertembung dengan penembak dalam beberapa minit, kata Cervera.

Orang ramai bersembunyi dalam pejabat dan meniarap di lantai ketika tembakan berbalas di antara polis dan penyerang, kelongsong peluru bertaburan di lantai, kata laporan berita.

Mangsa ditemui di kesemua tiga tingkat bangunan itu.

“Ini adalah pertarungan besar dan jangka panjang,” kata ketua polis.

Seorang anggota polis terkena tembakan tetapi terselamat kerana memakai ves kalis peluru.

Daripada empat yang cedera, tiga dalam keadaan kritikal dan seorang berada dalam keadaan stabil, kata pegawai bandar raya.

Bangunan lebih besar di mana kejadian tembakan berlangsung di Virginia Beach, bandar raya dengan 450,000 penduduk dan pangkalan utama tentera laut, menempatkan pejabat kerja raya dan kemudahan awam.

Dalam hujan lebat kelmarin, polis mengawal bangunan ketika ejen FBI dan pakar forensik memeriksa kawasan kejadian.

“Ini adalah hari paling menyedihkan dalam sejarah Virginia Beach,” kata Datuk Bandar Bobby Dyer kepada wartawan malam Jumaat lepas.

“Mereka yang terlibat adalah rakan-rakan, rakan sekerja dan jiran kami.”

Puluhan meratap di lot parkir di mana Northam bercakap untuk memberi penghormatan kepada mangsa.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku,” kata Mary Sullivan Trent, paderi tempatan.

Megan Banton, pekerja kemudahan awam, memberitahu stesen televisyen tempatan WVEC bahawa semasa kejadian, beliau dan kira-kira 20 rakan sekerja bersembunyi dalam pejabat dan menutup pintu dengan meja.

“Kami hanya mahu semua orang selamat,” kata beliau sambil menambah mereka menunggu polis tiba seperti ‘beberapa jam’.

“Kami mendengar tembakan demi tembakan dan juga mendengar polis bersuara ‘meniarap’.”

Seorang jiran yang tinggal di tingkat bawah rumah Craddock, berkata penyerang suka bersendirian dan bangun di awal pagi.

“Anda mendengar dia berjalan di sekeliling rumah.

“Dia akan menjatuhkan sesuatu sekitar awal pagi dan saya dan rakan serumah saya cuba memikirkan apa yang sedang dia lakukan,” kata Cassetty Howerin.

“Dia suka bersendirian.” — AFP

Advertisement