Anda di sini

Loji meletup dan 79 cedera di Rusia

Advertisement
 Beberapa bangunan di loji bahan letupan Kristall mengalami kerosakan susulan letupan di bandar Dzerzhinsk, wilayah Nizhny Novgorod kelmarin. — Gambar Reuters
MUSNAH: Beberapa bangunan di loji bahan letupan Kristall mengalami kerosakan susulan letupan di bandar Dzerzhinsk, wilayah Nizhny Novgorod kelmarin. — Gambar Reuters

MOSCOW: Satu letupan besar di sebuah kilang di tengah Rusia kelmarin mencederakan 79 orang dan merosakkan hampir 200 bangunan berhampiran, kata pegawai tempatan kepada agensi berita Rusia.

Letupan berlaku di kilang Kristall di Dzerzhinsk, kira-kira 400 kilometer timur Moscow, di rantau Nizhny Novgorod.

Sorang pegawai kementerian kesihatan, dipetik oleh agensi berita TASS sebagai berkata, 79 orang mengalami kecederaan ringan atau sederhana, satu pertambahan besar daripada jumlah awal 19 orang.

“Menurut maklumat terbaharu, 79 orang mendapatkan bantuan perubatan selepas letupan di Kristall: 38 pekerja kilang dan 41 penduduk di bandar raya itu.

“Namun tiada kanak-kanak antara yang cedera,” kata satu kenyataan kementerian kesihatan.

Lima belas mangsa ditahan di hospital tetapi tiada seorang dengan kecederaan yang mengancam nyawa, katanya.

Daripada mereka yang cedera, 14 telah ditahan di hospital tetapi tiada kematian dilaporkan, kata seorang jurucakap.

Sebelum itu, pegawai kementerian kesihatan memberitahu agensi berita di mana mereka yang cedera adalah akibat serpihan tahap sederhana dan ringan, dan mereka telah menerima bantuan perubatan.

Kuasa letupan telah merosakkan lima bangunan kilang dan 180 rumah berhampiran.

Timbalan gabenor rantau Nizhny Novgorod, Dmitry Krasnov, memberitahu stesen televisyen Rusia di mana dua orang dilaporkan hilang.

Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata ia telah membuka satu siasatan ke dalam kemungkinan pelanggaran peraturan keselamatan industri di kilang itu.

Perkhidmatan kecemasan tempatan memberitahu agensi berita di mana lebih dari 300 orang dan 50 kenderaan teknikal terlibat dalam operasi membersih kilang ekoran letupan itu.

Wakil dari Kristall memberitahu Interfax di mana lima orang sedang bekerja di kawasan di mana letupan berlaku dan dipindahkan dengan selamat.

Tiada maklumat setakat ini di mana kedudukan mereka yang cedera ketika letupan.

Pasukan bomba tempatan memberitahu agensi berita di mana mereka tidak tahu jika ada lagi orang masih berada dalam kilang, yang dibina pada 1953.

“Ada satu letupan di salah sebuah bengkel, diikuti dengan kebakaran seluas 100 meter persegi,” kata jurucakap kementerian kecemasan tempatan.

Gambar di media sosial menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari bangunan tersebut selepas letupan. — AFP

Advertisement