Anda di sini

Sutera Harbour Resort sedia kek 'Balik Kampung'

Advertisement
JUHAR (empat kiri), Norlidah (empat kanan), Gerald (tiga kiri) bersama kumpulan dari Sutera Harbour semasa majlis penyampaian kek berkenaan.
JUHAR (empat kiri), Norlidah (empat kanan), Gerald (tiga kiri) bersama kumpulan dari Sutera Harbour semasa majlis penyampaian kek berkenaan.

KOTA KINABALU: Kek seberat 50 kilogram yang bertemakan Balik Kampung menjadi pilihan Sutera Harbour Resort untuk disampaikan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kek Coklat Kondima itu diserahkan sempena Majlis Penyampaian Kek Hari Raya Aidilfitri di Istana Negeri di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Resort Gerard Tan mengetuai kumpulan Sutera Harbour untuk penyampaian kek berkenaan.

Chef Pritchard Ligadu berkata, pihaknya mengambil masa selama seminggu bersama dua lagi chef untuk membantu pasukannya menyiapkan kek coklat itu.

Menurutnya, dengan tema Balik Kampung, kek berkenaan mempamerkan reka bentuk kereta api vintaj Sutera Harbour yang terkenal iaitu North Borneo Railway.

"Pemilihan reka bentuk kereta api tahun ini kerana ia salah satu alat pengangkutan penting di Sabah yang membawa penduduk kampung ke bandar pada zaman dahulu.

"Selain itu, ia juga kemudahan yang digunakan untuk balik kampung semasa cuti seperti Hari Raya walaupun pada zaman moden ini," katanya.

Beliau berkata, balik kampung adalah sinonim dengan sambutan perayaan dan kereta api lokomotif adalah aset bersejarah bukan hanya untuk Sutera Harbour Resort tetapi juga kepada rakyat Sabah.

  • oleh
  • Advertisement