Anda di sini

SHM Development Sdn Bhd lancarkan projek baharu, GEM Suites di Stutong

Advertisement
 Pemandangan dari pintu masuk utama GEM Suites.
KESELAMATAN DIUTAMA: Pemandangan dari pintu masuk utama GEM Suites.

KUCHING: Pangsapuri SOHO enam tingkat yang terletak di belakang Canaan Square Business Hub di Jalan Stutong Baru kini dibuka untuk tempahan dengan harga istimewa RM375,000 untuk sepuluh pelanggan pertama, dengan sistem ‘siapa cepat dia dapat.’

GEM Suites, masih dalam proses pembinaan, terdiri daripada 198 unit yang menawarkan pangsapuri eksekutif dengan dua bilik tidur dan emper empat bilik dengan saiz unit berbeza dari 861 kaki persegi hingga 1,624 kaki persegi.

 Lakaran kolam renang dan kolam renang kanak-kanak di GEM Suites.
MENARIK: Lakaran kolam renang dan kolam renang kanak-kanak di GEM Suites.

Setiap unit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaan seperti almari percuma, kabinet dapur, paip sistem penyaman udara dan lain-lain.

Pemilik rumah akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang akan memenuhi segala keperluan mereka termasuk kolam renang, kolam renang kanak-kanak, gimnasium, taman bertema, taman permainan kanak-kanak, bilik serbaguna dan tempat letak kereta yang terlindung.

Projek itu juga mengambil kira keselamatan pemilik rumah dan akan menubuhkan perkhidmatan keselamatan 24 jam, pengawasan CCTV dan kawalan akses lif untuk memastikan keselamatan dan ketenangan penduduknya.

GEM Suites di Jalan Stutong Baru juga terletak di kawasan strategik dan utama, dengan dikelilingi tempat-tempat menarik seperti Aeroville Mall, Saradise BDC, Hospital Pakar Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan lain-lain.

 Kawasan lobi GEM Suites.
TERSERGAM INDAH: Kawasan lobi GEM Suites.

Selain itu, Gem Suites juga mudah dikunjungi di samping hampir dengan kemudahan-kemudahan seperti restoran, sekolah dan dekat dengan pusat bandar Kuching.

Sama ada untuk tujuan penginapan atau pelaburan sendiri, GEM Suites menawarkan harga paling kompetitif berbanding pemaju lain di kawasan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-8797206, 016-8795077, 016-8793658, 017-8088790 dan 082-422768.

Advertisement