Anda di sini

MAS sampaikan sumbangan kepada Jabatan Penjara Pusat sempena Ramadan

Advertisement
SUHAIMI (tiga kanan) menyampaikan mog cek sumbangan MAS yang diterima oleh Rosman sambil disaksikan oleh Zulkifli  (lima kiri), Supian (empat kanan), Kalbin (dua kanan), dan Muhammad Azmi (kanan).
SUHAIMI (tiga kanan) menyampaikan mog cek sumbangan MAS yang diterima oleh Rosman sambil disaksikan oleh Zulkifli (lima kiri), Supian (empat kanan), Kalbin (dua kanan), dan Muhammad Azmi (kanan).

KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan al mubarak yang mulia, Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Anak Sabah (MAS) pada Selasa telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu di Kepayan.

Rombongan telah diketuai oleh Presiden MAS Suhaimi Buang, disertai seramai 20 orang ahli.

Turut serta adalah Timbalan Presiden MAS Muhammad Azmi Buang dan penaung Supian Buang.

Pada majlis itu, pihak MAS telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Suhaimi yang diterima oleh Rosman Norman Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan.

Turut hadir di majlis itu ialah Zulkifli Abd. Manah Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, dan Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kalbin Haji Mohd Said.

Zulkifli menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak MAS atas sumbangan yang diberikan dan berharap lebih ramai pihak akan tampil menyampaikan sumbangan yang seumpama.

Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri seramai 110 orang penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Selain berbuka puasa bersama, rombongan MAS juga berkesempatan solat Maghrib dan beramah mesra bersama penghuni penjara yang pastinya turut menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada setiap ahli MAS yang juga kebanyakannya tardiri daripada kalangan belia.

SUHAIMI dan rombongan MAS merakamkan kenangan bersama Zulkifli di Penjara Pusat Kota Kinabalu sempena majlis itu.
SUHAIMI dan rombongan MAS merakamkan kenangan bersama Zulkifli di Penjara Pusat Kota Kinabalu sempena majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement