Anda di sini

Mangsa rabies terbaru meninggal dunia hari ini

Advertisement
 

KUCHING: Mangsa terbaru rabies di Sarawak meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar 9 pagi tadi.

Jackson Yap Foh Fong berusia 26 tahun dari Jalan Batu Kawa merupakan yang ke-17 meninggal dunia daripada 18 mangsa yang disahkan rabies setakat ini.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu mangsa mula mengalami lemah badan dan sukar bernafas sejak Sabtu lalu.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa juga mengalami kekeliruan, hydrophobia, kesukaran menelan dan otot anggota badan menjadi lemah,” katanya yang dipetik.

Mangsa dikatakan mempunyai sejarah dicakar anjing peliharaan namun tidak mendapatkan rawatan.

“Pada pertengahan Mac lalu, anjing peliharaannya itu mati setelah menunjukkan gejala hypersalivation, unsteady gait dan hydrophobia.

“Bangkai anjing telah dibuang ke dalam belukar dan tiada sebarang laporan dibuat ke JabatanPerkhidmatan Veteriner Sarawak,” katanya lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan orang ramai supaya tidak mengambil anjing yang tidak diketahui status vaksinasi untuk dipelihara memandangkan Sarawak belum bebas daripada risiko jangkitan rabies.
 

  • oleh
  • Advertisement