Anda di sini

Kempen 'Anda Beli, Kami Derma' Shell sebar semangat prihatin, kongsi kegembiraan

Advertisement

KUCHING: Shell menandakan Kempen CSR Raya untuk tahun kelima berturut-turut menjadikan pengalaman 'balik kampung' untuk pengguna kenderaan lebih bermakna dengan menyebarkan semangat prihatin dan berkongsi kegembiraan perayaan menerusi kempen 'Anda Beli, Kami Derma'.

Melanjutkan tempoh dari tahun sebelumnya, kempen tahun ini berlangsung selama 10 hari dari 30 Mei hingga 8 Jun 2019 dan sumbangan akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Yayasan Bantuan Makanan dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Dalam tempoh ini, setiap satu liter bahan api Shell dipam yang dipilih akan menyaksikan syarikat itu menderma satu sen (RM0.01)  kepada organisasi terbabit.

Selain setiap satu liter minyak, Shell juga akan menderma satu sen untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di semua kedai Shell SELECT (tidak termasuk produk E-Pay iaitu tambah nilai mudah alih), pembelian Touch N Go dan perkhidmatan In-Store lain seperti bayaran utiliti.

"Pengalaman balik kampung adalah perjalananyang bermakna bagi semua orang. Ia mengenai orang yang disayangi datang bersama dengan selamat untuk meraikan perayaan.

"Pada tahun ini, kami mengambil keputusan untuk menambah perjalanan balik kampung dengan menyebarkan lebih banyak keseronokan kepada mereka yang memerlukan.

"Itulah sebabnya untuk menandakan tahun kelima kami menjalankan kempen ini dan kami telah meningkatkan tempoh masa kami hingga 10 hari serta memasukkan perbelanjaan di Shell SELECT untuk memberikan pelanggan kami lebih banyak peluang untuk menyumbang kepada organisasi yang memerlukan.

"Kami juga telah memilih sebab-sebab berkaitan yang kami percaya dekat  dengan hati rakyat Malaysia, sejajar dengan usaha kami untuk menjadikan perjalanan  hidup yang lebih baik untuk komuniti di mana kami beroperasi," kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Hussain.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memuji kempen Shell berkata, dengan semangat kebaikan yang sederhana, kita boleh pergi jauh dalam usaha memberi pada Ramadan dan raya ini.

"Saya ingin memuji Shell kerana bekerja  dalam memberi pulangan yang lancar dan fleksibel. Pelanggan kini dapat dengan mudah berkongsi rahmat dengan mereka yang memerlukan dan memberikan perjalanan balik kampung yang amat bernilai,"katanya.

Mastercard menyertai sebagai rakan kongsi penting bagi tahun kedua berturut-turut, juga akan membuat caruman tambahan kepada kempen tersebut.

Bagi setiap liter bahan api Shell yang dipam dan setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell SELECT, dibayar dengan mana-mana kad kredit atau kad debit Mastercard, satu sen tambahan akan disumbangkan kepada Yayasan Bantuan Makanan.

"Mastercard diberi penghormatan untuk meneruskan kerjasama dengan Shell untuk menggalakkan pemegang kad menyumbang  kepada sebab berfaedah setiap kali mereka menggunakan Mastercard mereka di stesen  Shell di seluruh negara.

"Dana yang disumbangkan untuk pemberian  makanan untuk makanan kanak-kanak yang memerlukan terutama semasa Hari Raya Aidilfitri.

"Inisiatif ini sejajar dengan falsafah Mastercard  iaitu 'doing well by doing good'  serta usaha meningkatkan pengggunaan e-pembayaran untuk transaksi harian.

"Pemegang Mastercard boleh mencipta kesan  positif dalam masyarakat sambil menikmati manfaat pengalaman pembayaran yang selamat, cepat dan mudah," kata Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Mastercard Perry Ong.

Dengan kempen 'Anda Beli, Kami Derma' pada tahun 2019, Shell memberi pemandu yang mengepam Shell atau membelanjakannya di Shell SELECT.

Untuk memilihan pilihan mereka, pelanggan mesti menyerahkan salinan asal atau salinan resit mereka di stesen Shell dan nyatakan pilihan mereka.

Setiap sumbangan penting dan pemandu atau pengguna kenderaan dijemput mengambil bahagian dalam inisiatif ini mulai Khamis, 30 Mei ini sehingga 8 Jun dengan hanya mengisi di mana-mana stesen Shell di seluruh negara  atau membeli barang terpilih di kedai Shell SELECT.

Pastikan anda menandakan tarikh ini dalam kalendar anda untuk menunjukkan sokongan  kepada komuniti yang memerlukan ini.

Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai kempen, sila lawat www.shell.com.my/CSR

Advertisement