Anda di sini

AirAsia serlah pentingnya hubungan kekeluargaan melalui kisah ‘The Girl Who Loves Rice’

Advertisement
 Video bertajuk ‘The Girl Who Loves Rice’, video baharu sempena Hari Gawai dan Kaamatan.
DIRAIKAN: Video bertajuk ‘The Girl Who Loves Rice’, video baharu sempena Hari Gawai dan Kaamatan.

KUCHING: AirAsia meraikan Hari Gawai dan Kaamatan serta Hari Raya Aidilfitri dengan video perayaan bagi menyerlahkan pentingnya hubungan keluarga dan tradisi.

Bertajuk ‘The Girl Who Loves Rice’, video baharu Hari Gawai dan Kaamatan memaparkan kisah menyentuh hati seorang kru kabin berketurunan Kadazan, Solius Ingrid Gangkangon yang amat sayangkan padi dan nasi.

Setiap kali dia bertugas terutama semasa pesta menuai, dia akan teringat rumah dan ahli keluarganya dengan sepinggan nasi di tangan.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia, Rudy Khaw berkata: “Bermula dengan berkongsi kegembiraan pesta menuai hingga membawa penumpang pulang bertemu keluarga tersayang, AirAsia tidak sabar meraikan musim perayaan bersama tetamu kami.

“Saya mahu mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Selamat Ngintu Ari Gawai dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.”

Advertisement