Anda di sini

Tiga terkorban dalam nahas jalan raya di Bintulu

 

BINTULU: Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan kereta dan lori treler di Kilometer 50, Jalan Pesisir Bintulu-Miri pada tengah hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat difahamkan ketiga-tiga mangsa yang meninggal di tempat kejadian merupakan wanita dewasa.

Kereta utiliti sukan itu dinaiki 10 orang  termasuk dua kanak-kanak.

Tujuh lagi mangsa yang cedera dalam kereta itu dibawa ke Hospital Bintulu.

Bomba menerima laporan pada pukul 1.45 petang.

Mereka yang terkorban dikenalpasti sebagai Gensa Unggau, 36, Nuai Bakar, 23, dan Lengidi Koling, 57.

Manakala yang cedera, Fhiymina Alicia Ngindang, 23, Billy Beti Jelaing, 5, Tera Bow, 56, Jelaing Bakar, 35, Ngindang Bau, 61 dan Esther bayi setahun. Seorang lagi mangsa belum diketahui identiti.

Maklumat terperinci mengenai kejadian belum diketahui.