Anda di sini

Tiga bot pukat tunda tangkap ikan di zon larangan

Advertisement
ANTARA salah sebuah bot yang ditahan untuk siasatan.
ANTARA salah sebuah bot yang ditahan untuk siasatan.

TAWAU: Tiga bot nelayan tempatan dikesan menunda ikan di zon larangan, kurang dua batu nautika dari pesisir pantai Merotai dan Sg Udin di sini kira-kira jam 9 pagi, Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, seorang juragan tempatan dan dua juragan warga asing juga berjaya ditahan.

“Turut dirampas, hasil tangkapan ikan pelbagai jenis seberat 60kg yang dianggarkan berjumlah hampir RM2, 000,” katanya, menerusi kenyataan medianya di sini.

Pajeri berkata, PPM Tawau yang menjalankan tugas Operasi Gelora menerusi Bot PSC6 juga menahan enam lelaki terdiri daripada anak kapal berusia antara 30-40 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua anak kapal yang ditahan di dalam kes terbabit dipercayai warga asing, malah tidak mempunyai sebarang dokumen keterangan diri.

“Kesemua tangkapan dan barang rampasan ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan susulan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement