Anda di sini

Saksikan pameran Doraemon di Vivacity Megamall

Advertisement
 Steve (tujuh kiri) bergambar bersama para jemputan lain pada gimik perasmian Doraemon yang didatangkan khas dari Jepun semalam.
PASTI MENYERONOKKAN: Steve (tujuh kiri) bergambar bersama para jemputan lain pada gimik perasmian Doraemon yang didatangkan khas dari Jepun semalam.

KUCHING: Pihak Animation International (M) Sdn Bhd kembali mengimbau zaman kanak-kanak pada tahun 80-an dan 90-an dengan siri manga terkenal Jepun, Doraemon di Vivacity Megamall yang sedang berlangsung sehingga 30 Jun nanti.

Menurut Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd Steve Chow, pengunjung yang juga merupakan peminat Doraemon buat pertama kalinya berpeluang melawat ‘pop up store’ berkeluasan 4,000 kaki persegi yang ditempatkan di pusat beli-belah itu.

“Ia menampilkan pelbagai rupa Doraemon sebagaimana yang diilustrasikan dalam komiknya seperti ‘Head Copters’ dan ‘Memory Bread’.

“Doraemon direka dalam bentuk yang menarik agar kanak-kanak akan membaca dan pada masa yang sama menggerakkan kemahiran kognitif untuk bermain sambil menyemai semangat berkawan.

“Pihak kami juga mengharapkan agar perasaan magik itu dapat dirasai dengan rasa kekitaan dan kegembiraan sambil mencipta hubungan kekeluargaan dengan meluangkannya bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Doraemon di Central Atrium Vivacity Megamall di sini semalam.

Selain itu tambahnya, menerusi imaginasi siri kartun itu banyak dijadikan sebagai penghasilan bagi rekaan teknologi hari ini seperti mesin pengimbas yang digunakan di lapangan terbang, mesin salinan dan TV LED, tegasnya.

Steve berkata, siri kartun manga tersebut menggalakkan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan kanak-kanak.

Pihaknya turut bekerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan pelanggan yang berbelanja di Pop Up Store berupaya membayar menggunakan aplikasi e-wallet dan transaksi pembayaran digital menerusi aplikasi Sarawak Pay.

Ia bukan sahaja mudah, cepat tetapi juga selamat dan menikmati 10 peratus diskaun untuk semua jenis barang yang dijual di situ.

Terdapat 43 ilustrasi animasi kartun kucing robot Doraemon di dipamerkan Vivacity Megamall bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan dewasa.

Advertisement