Anda di sini

Pekerja ladang maut motosikal terbabas

Advertisement
MANGSA yang mendapat rawatan awal di lokasi kejadian.
MANGSA yang mendapat rawatan awal di lokasi kejadian.

LAHAD DATU: Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas melanggar penghadang jalan di Batu 2 Segama, Jalan Lahad Datu-Sandakan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku di satu lokasi jalan lurus dua lorong kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa, 37, yang beralamat di Batu 4 Segama tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, mangsa disyaki menunggang motosikal dengan laju dan hilang kawalan lalu terbabas sendiri hingga melanggar penghadang jalan dan jatuh di atas jalan.

"Berdasarkan keadaan di tempat kemalangan, dipercayai mangsa menunggang dalam keadaan laju di mana kesan terseret di atas jalan sepanjang 27 meter sehingga menyebabkan kemalangan berlaku," katanya dalam kenyataannya di sini pada Ahad.

Katanya, mangsa meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement