Anda di sini

Dua van terbabas rempuh kereta masuk parit

Advertisement
KEADAAN kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sulaman Tuaran. - Foto sumber WhatsApp
KEADAAN kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sulaman Tuaran. - Foto sumber WhatsApp

TUARAN: Akibat terbabas, dua van merempuh kenderaan lain sebelum sama-sama termasuk ke parit dalam dua kemalangan di simpang jalan Jabatan Rela Jalan Sulaman-Serusup, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, dalam kejadian pertama, pemandu van yang datang dari arah Kota Kinabalu ke Tuaran kira-kira jam 2.40 petang dipercayai gagal mengawal kenderaan.

Menurutnya, van terbabit hilang kawalan kerana disyaki dipandu laju dan keadaan jalan licin lalu terbabas ke laluan arah bertentangan.

"Akibatnya, van berkenaan bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah Tuaran sebelum terbabas ke parit di sebelah kiri jalan.

"Kemudiannya di lokasi yang sama, sebuah lagi van yang menghala ke Tuaran turut terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan sebuah kereta jenis pacuan empat roda (4WD).

"Van terbabit terbabas jatuh ke parit bersebelahan van yang terlibat dalam kemalangan pertama," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kesemua kenderaan yang terlibat tidak membawa penumpang dan tiada kecederaan parah atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihaknya turut menasihatkan orang awam agar memandu secara berhemah terutamanya ketika melalui selekoh dan keaadaan jalan yang licin ketika hujan.

  • oleh
  • Advertisement