Anda di sini

Sila lapor berita tepat: Nordin

Advertisement
NORDIN
NORDIN

KOTA KINABALU: Media massa dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab ketika menerbitkan sebarang laporan agar ia tidak memberikan sebarang persepsi negatif kepada masyarakat.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman berkata, tindakan sebuah portal berita yang menyiarkan keadaan yang tidak bersih di sekitar Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

"Kawasan itu kita sentiasa bersihkan dari semasa ke semasa dan pihak DBKK juga mempunyai pasukan yang cekap bagi mengurus kebersihan sekitar bandaraya ini.

"Isu ini timbul sejak 28 April lalu dan berita yang dilaporkan beserta dengan gambar itu adalah tidak benar, mereka menggunakan gambar lama," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Sembulan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan kebersihan dikekalkan dari semasa ke semasa dengan sebaik-baiknya.

Nordin juga kecewa kerana orang awam memberikan gambaran tidak benar mengenai tahap kebersihan bandaraya ini.

"Saya bukan tidak mahu terima kritikan atau pandangan, tetapi sekurang-kurangnya berilah gambaran tepat untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberikan jaminan bahawa kebersihan kesemua 24 lokasi kawasan bazar Ramadan yang terdiri daripada 1,700 buah gerai terjaga.

Katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai tahap kebersihan bazar-bazar di sekitar bandaraya ini.

  • oleh
  • Advertisement