Anda di sini

MDLD diarah ambil tindakan serta-merta selesaikan isu longkang tersumbat

Advertisement
JAUJAN (tiga kanan) bersama rombongan meninjau lokasi kejadian berhampiran Taman Aman Tiga.
JAUJAN (tiga kanan) bersama rombongan meninjau lokasi kejadian berhampiran Taman Aman Tiga.

LAHAD DATU: Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) diarahkan supaya mengambil tindakan serta-merta bagi membersihkan longkang tersumbat sehingga mengakibatkan air kumbahan bertakung berhampiran Taman Aman Tiga, di sini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong berkata, aduan orang ramai berhubung masalah itu menyebabkan beliau terpanggil melihat sendiri keadaan di kawasan terbabit.

"Saya lihat longkang sudah tersumbat oleh sisa-sisa makanan dan sebagainya disebabkan tiadanya penyelenggaraan sehingga air hujan tidak dapat mengalir ke tempat yang sepatutnya.

"Bukan sahaja merosakkan pemandangan, malah bau yang kurang menyenangkan. Jadi kita harap tindakan serta merta perlu dilaksanakan oleh pihak berkaitan," katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau kawasan berkenaan, di sini pada Ahad.

Pada masa sama, Jaujan mengarahkan kegiatan perniagaan sama ada bazar atau gerai tetap di sekitar kawasan terlibat supaya dihentikan sementara sehingga kerja pembersihan siap dilaksanakan.

Katanya, keselamatan dan kesihatan peniaga dan pembeli perlu diutamakan terlebih dahulu bagi mengelak berlaku sebarang masalah yang boleh memaudaratkan kesihatan.

Selain itu, katanya, pemilik restoran yang berhampiran juga perlu digalakkan supaya menggunakan perangkap sisa makanan dan minyak di setiap dapur sebelum dilepaskan ke parit atau longkang.

Turut sama membuat tinjauan di lokasi berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Masnah Mat Salleh.

  • oleh
  • Advertisement