Anda di sini

54 pesalah dadah diberkas

Advertisement
PEMERIKSAAN saringan ujian air kencing yang dijalankan dalam operasi itu.
PEMERIKSAAN saringan ujian air kencing yang dijalankan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU: Seramai 54 individu ditahan polis dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam operasi di beberapa lokasi sekitar daerah ini bermula 18 hingga 24 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, antara lokasi tumpuan termasuklah Kampung Cenderamata 2, Kampung Air, Lorong Keleto Inanam, dan Kampung Tanjung Aru.

Menurutnya, sembilan tangkapan membabitkan kesalahan memiliki dadah, satu tangkapan di bawah kategori bekalan dan pengedaran manakala 44 orang lagi atas kesalahan urin (penagih).

"Kesemua tangkapan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A).

"Suspek yang ditahan melibatkan 38 warga tempatan dan 16 lagi warga asing berumur dalam lingkungan 14 hingga 64 tahun.

"Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 9.25 gram dadah jenis syabu berjaya dirampas dengan anggaran nilai berjumlah RM1,387.50 mengikut harga dadah semasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha itu turut diperkasakan dengan peningkatan Ops Tapis yang dijalankan sebanyak 19 kali sepanjang minggu selain Ops Sarang yang dijalankan di Kampung Tanjung Aru pada 24 Mei 2019.
 

  • oleh
  • Advertisement