Anda di sini

Trans Paint cari rakan kongsi dalam pelan pengembangannya

Advertisement
 Hii menunjukkan cat baru diproses Ralston Computerized Color Tinting System.
TEKNOLOGI WARNA: Hii menunjukkan cat baru diproses Ralston Computerized Color Tinting System.

KUCHING: Setelah berada lebih 30 tahun dalam pasaran tempatan, Trans Paint kini mencari lebih ramai peniaga untuk dijadikan rakan kongsi dalam pelan pengembangannya.

Kini sebuah syarikat subsidiari Yung Kong Co Bhd sedang berkembang dalam industri cat tempatan.

Pengarah Yung Kong Henry Hii, percaya jenama itu kini mencapai tahap matang seiring kualiti antarabangsa. Justeru, tiba masanya untuk jenama berkenaan dikembangkan.

“Trans Paint berada dalam pasaran selama lebih dari 30 tahun. Ia adalah jenama Sarawak yang ditubuhkan dalam cat dekoratif. Ia mula bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluaran cat serta dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang menjadikan Indonesia dan Singapura sebagai rakan kongsi dengan tujuan untuk menjual cat terutamanya ke Kalimantan.

“Yung Kong, 30 tahun yang lalu, memperolehnya kerana kita melihat masa depan industri cat. Sejak itu ia telah berkembang menjadi jenama yang matang dan berkualiti tinggi.

“Kami mahu memperluaskan horizon kami, jadi kami mempelawa lebih banyak peniaga untuk menyertai kami dalam perjalanan kami,” katanya semalam.

Hii mendedahkan kekuatan jenama ini terletak dalam teknologi yang digunakan. Beliau menyamakan proses penyesuaian cat dengan proses membakar kek, iaitu semuanya terletak dalam resipi dan cara membuatnya.

“Kami menggunakan teknologi warna dari Belanda iaitu Sistem Pewarnaan Warna Berkomputer Ralston. Ia menggabungkan dua sistem cat asas ke dalam dispenser warna berkomputer yang membolehkan pelanggan meneroka kemungkinan warna tanpa had.

“Terdapat 1,500 warna yang boleh dipilih daripada panduan warna, yang membolehkan penyesuaian maksimum. Produk akhir mempunyai ketepatan dan kewujudan warna yang luar biasa yang tidak dapat dicapai oleh jenama lain, malah kesemuanya dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Hii menjelaskan kelebihan utama para peniaga ialah mereka tidak perlu menyimpan inventori cat yang besar.

“Secara tradisinya, cat yang dijual di rak sudah siap dicampur dan pelanggan membuat pilihan berdasarkan apa yang terdapat dalam carta warna. Hal ini bermakna para peniaga perlu menyimpan jumlah tertentu untuk warna yang mereka tawarkan. Pergerakan stok ini bergantung kepada permintaan pelanggan yang mungkin melihat beberapa warna yang sama di rak sepanjang tahun yang tidak terjual.

“Dengan Trans Paint, selain memberikan penyesuaian warna maksimum bagi para pelanggan, peniaga akan dapat menikmati faedah mempamerkan stok yang kurang di rak mereka. Dengan Trans Paint, hanya separuh daripada pelaburan diperlukan kerana kebanyakannya hanya mempunyai dua cat asas dan semua warna boleh disesuaikan sewajarnya menggunakan mesin berkomputer,” katanya.

Peniaga yang berminat boleh menghubungi Hii di 082-331072 atau 016-8861313. Peniaga juga boleh berkunjung ke Yung Kong Co Bhd di kedai Jalan Pending dari jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Sabtu.

Advertisement