Anda di sini

Tempoh pelaksanan SHMMP untuk Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tahun ini dipanjangkan.

Advertisement
Chong pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran SHMMP Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai 2019.

SIBU: Tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen berkata langkah ini diambil selepas mendapati pengguna berasa gembira dengan pelaksanaan skim berkenaan.

"Kita ada membuat kajian mengenai pelaksanaan skim ini pada tahun-tahun sebelum ini, kebanyakkan peniaga mematuhi skim tersebut.

"Jadi, keadaan ini menyebabkan para pengguna berasa gembira dengn skim ini kerana sesetangah harga adalah dalam kawalan. Oleh itu, tahun ini kita memanjangkan lagi tempoh pelaksanaannya untuk manfaat rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran SHMMP Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai 2019 di Pasar Sentral Sibu di sini, hari ini. 

Menurut Chong, SHMMP untuk Hari Raya bermula pada 21 Mei hingga 19 Jun iaitu selama 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini.

Manakala, untuk SHMMP Hari Gawai beliau berkata skim ini akan bermula dari 25 Mei hingga 7 Jun 2019 iaitu selama 14 hari berbanding 7 hari sebelum ini.

Menurutnya, para peniaga akan diambil tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mereka yang menjual barangan harga terkawal melebih harga maksimum boleh dikenakan denda sehinggaRM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehinggaRM50,000.

Bagi kesalahan dilakukan sesebuah syarikat, denda adalah sehingga RM500,000 atau kompaunRM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau di kompaun sehingga RM5,000 manakalasyarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau boleh dikompaun sehingga RM10,000.

Beliau memberitahu, penetapan harga maksimum tersebut dibuat selepas perbincangan denganKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan lain-lain pemegang taruh.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mendapati peniaga tidak mematuhi undang-undangberkenaan skim itu boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui, portal [email protected]; call centre 1800886800; [email protected] (emel); Ez ADU (aplikasi telefon pintar); Enforcement Command Centre (ECC) – 03-88826245/6088.

Maklumat juga boleh disalurkan ke talian 03-80008000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC); WhatsApp ke 0192794317 dan melapor atau hadir di mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara.

Advertisement