Anda di sini

Mahkamah Jepun menegakkan hukuman mati ‘Black Widow’

Advertisement
 Gambar fail 13 Mac, 2014 menunjukkan Kakehi tiba                        di mahkamah daerah Kyoto, Jepun untuk berdepan perbicaraan atas tuduhan meracuni suaminya dengan sianida. — Gambar AFP
KEJAM: Gambar fail 13 Mac, 2014 menunjukkan Kakehi tiba di mahkamah daerah Kyoto, Jepun untuk berdepan perbicaraan atas tuduhan meracuni suaminya dengan sianida. — Gambar AFP

TOKYO: Sebuah mahkamah di Jepun semalam mene-gakkan hukuman mati terhadap seorang wanita digelar sebagai “Black Widow”, yang menggunakan sianida untuk membunuh beberapa kekasih yang kaya dan berusia serta memperolehi jutaan dolar dalam pembayaran pampasan insurans dan harta warisan.

Mahkamah Tinggi Osaka telah menolak satu rayuan oleh Chisako Kakehi, 72, terhadap hukuman mati di tali gantung kerana membunuh tiga lelaki – termasuk seorang suami – dan cubaan membunuh seorang lagi, dalam satu kes yang mencengkam Jepun.

Kakehi menjadi terkenal selepas menggunakan racun untuk menghapuskan beberapa lelaki tua yang menjalin hubungan dengannya, menarik perbandingan dengan labah-labah yang membunuh pasangannya selepas me-ngawan.

Mahkamah telah “menolak rayuan” dikemukakan oleh peguam bela, kata seorang jurucakap.

Peguamnya melancarkan satu rayuan terakhir, menurut agensi berita tempatan Jiji Press.

Menjatuhkan hukuman mati pada 2017, hakim yang mengadili Ayako Nakagawa berkata pembunuhan adalah “licik dan kejam” serta Kakehi telah membuat mangsanya meminum sianida “dengan niat membunuh”.

Hakim telah menolak hujah pihak pembela bahawa dia tidak dapat dipersalahkan bagi jenayah kerana dia mengalami demensia.

Perbicaraan berterusan se-lama 135 hari dan menawan imaginasi penduduk Jepun, dengan lebih 560 orang berbaris untuk 51 kerusi di dalam bilik mahkamah.

Kakehi dilaporkan telah mengumpulkan sejumlah satu bilion yen dalam pampasan selama 10 tahun namun kemudian kehilangan kebanyakan harta tersebut melalui dagangan kewangan yang tidak berjaya.

Dia menjalin hubungan dengan ramai lelaki, kebanya-kannya telah berusia atau sakit, menemui sebahagian daripada mereka melalui agensi janji temu, di mana dia dilaporkan menetapkan bahawa bakal pasangan haruslah kaya dan mandul.

Kakehi, juga dikenali sebagai “The Poison Lady”, telah dikatakan menyimpan sebahagian daripada sianida di dalam pasu tanaman yang dia kemudian buang.

Racun telah ditemui dalam mayat sekurang-kurangnya dua lelaki yang terlibat de-ngannya dan polis dilaporkan menemui kesan sianida dalam sampah di rumahnya di Kyoto.

Mereka turut menemui perlengkapan bagi memberi dadah dan buku perubatan di sebuah pangsapuri yang dia miliki di selatan Kyoto.

Pada mulanya dia menolak untuk bercakap di mahkamah namun kemudian mengejutkan pemerhati dengan tiba-tiba mengakui salah satu pembunuhannya, menyatakan dia membunuh lelaki itu kerana memberikan wang kepada wanita lain dan tidak memberikan wang kepada-nya. — AFP

Kakehi turut menyatakan dia telah bersedia untuk dihukum gantung, berjanji untuk “mati dengan senyuman”.

Dalam satu temu bual dengan Jiji pada bulan lepas di pusat tahanan Osaka, Kakehi berkata, “Saya memohon kemaafan melalui kematian saya. Tolong hukum gantung saya.” — AFP

Advertisement