Anda di sini

Lelaki Florida dihukum mati 35 tahun selepas rogol, bunuh lapan wanita

Advertisement
LONG
LONG

WASHINGTON: Seorang pembunuh bersiri telah menjalani hukuman mati kelmarin di negeri Florida di Amerika Syarikat (AS), 35 tahun selepas dia merogol dan membunuh sekurang-kurangnya lapan wanita muda di wilayah Tampa Bay.

Robert “Bobby” Long, 65, dihukum mati pada jam 6.55 petang waktu tempatan di Penjara Negeri Florida di Raiford, kata Jabatan Penjara di negeri ini.

“Hukuman mati berlangsung tanpa sebarang insiden,” Michelle Glady, pengarah komunikasi bagi jabatan tersebut, menyatakan dalam satu kenyataan.

Dia telah dijatuhkan hukuman mati pada September 1985 kerana membunuh seorang wanita pada tahun sebelumnya.

Semasa siasatan, dia me-ngaku membunuh tujuh orang lagi termasuk melakukan beberapa tindakan merogol, menurut arahan hukuman mati.

Bapa kepada dua anak yang ketika itu baharu bercerai mula melakukan jenayah kejamnya pada awal 1980-an.

Dia pada mulanya memilih mangsa daripada bahagian iklan kecil dalam akhbar tempatan. Dia menghubungi wanita yang menjual barangan, pergi ke kediaman mereka dan merogol mereka sebelum melarikan diri.

Tindakan sebegitu me-nyebabkan dia diberi nama gelaran “perogol iklan”.

Pada 1984, Long mula membunuh. Sepanjang tempoh lapan bulan, dia menculik ramai wanita, mengikat, merogol, mencekik atau mengelar leher mereka sebelum membuang mayat mereka.

Dia telah menculik seorang gadis berusia 17 tahun yang pulang ke rumah de-ngan mengayuh basikal pada September tahun tersebut. Selepas dirogol berulang-ulang kali, gadis itu berjaya meyakinkan Long agar melepaskannya, dan dia kemudian menghubungi polis.

Sejak dijatuhkan hukuman, Long telah mengemukakan beberapa rayuan yang gagal. Permohonan terakhirnya, difailkan dengan Mahkamah Agung, juga gagal.

Peguamnya telah me-nekankan bahawa anak guam mereka menghidap sawan, di samping beberapa sebab lain bagi mengelak hukuman matinya.

Mereka berkata koktel ubat beracun mungkin gagal dan boleh menyebabkan Long menderitai hukuman yang kejam dan luar biasa, bertentangan dengan Perlembagaan AS.

Hukuman mati Long me-rupakan yang kelapan pada tahun ini sahaja di Amerika Syarikat. — AFP

Advertisement