Anda di sini

Everwin Group buka cawangan pasar raya ke-22 di Batu 11

Advertisement
 (Dari kiri) Simon, Ting, Moh, Nicholas, Hii dan Wong bergambar kenangan di hadapan premis Pasaraya Everwin yang ke-22 yang baru dibuka semalam di Batu 11 di Kuching.
CAWANGAN BAHARU: (Dari kiri) Simon, Ting, Moh, Nicholas, Hii dan Wong bergambar kenangan di hadapan premis Pasaraya Everwin yang ke-22 yang baru dibuka semalam di Batu 11 di Kuching.

KUCHING: Everwin Group membuka cawangan ke-22 Pasaraya Everwin Sdn Bhd di Batu 11, semalam.

Menurut Pengurus Besar Everwin Group Moh Yong Ming, bersempena dengan pembukaan tersebut juga diadakan promosi istimewa yang sedang berlangsung dan berakhir 26 Mei ini.

“Jualan di semua Everwin di Sarawak akan diadakan dalam tempoh yang sama dengan waktu perniagaan yang dipanjangkan bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam,” katanya ketika ditemui.

Waktu beroperasi premis akan kembali seperti sediakala selepas itu bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan segar, daging, ikan serta ayam selain perkakasan rumah, pakaian dan kasut boleh didapati di sini, ujarnya.

“Everwin berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti bagi penduduk yang mendiami kawasan sekitar bagi mendapatkan pelbagai jenis barangan pada harga yang lebih murah,” tambahnya lagi.

Sebelum bertapak di Kuching pada Jun 2018 dan membuka cawangannya yang keempat di Batu 11, Everwin Group telah melebarkan sayap ke Sibu, Mukah, Selangau, Sarikei, Bintulu, Batu Niah dan Miri.

Pihak Everwin Group katanya telah membuka dua cawangan di Kuching, sebuah di Bau dan Sibu masing-masing bermula Mac sehingga Mei tahun ini.

Setiap pelanggan layak menyertai keahlian Pasaraya Everwin untuk mengumpul mata bonus hanya dengan membayar RM5 bagi kelayakan seumur hidup.

Menerusinya, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan poin bonus yang boleh ditukar dengan baucar tunai atau tebus barangan keperluan dan hadiah istimewa.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 010-2079997.

Pasaraya Everwin Batu 11 terletak di bekas tapak Kedai 1Malaysia yang terletak tidak jauh dari premis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini.

Juga terdapat Everwin Kopitiam yang dibuka setiap hari untuk pelanggan bersantai dan menjamu selera bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Turut hadir sama Pengurus MIS Simon Ngu, Pengurus Cawangan Everwin Batu 11 Ting Yew Ping, Pengurus Perniagaan Everwin Group Nicholas Wong, Pengurus Kanan Everwin Kuching Hii Yii Ung dan Pengurus Kanan Everwin Miri, Wong Kai Loong.

Advertisement