Anda di sini

Enam penagih dadah ditangkap di Samarahan.

Advertisement
 

KUCHING: Operasi perangi dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  terus dipergiatkan dengan enam lagi penagih dadah ditangkap di Kota Samarahan pada Rabu lepas.

Operasi oleh penguatkuasa AADK Kota Samarahan itu dijalankan dari jam 8 malam hingga 3 pagi dan berjaya menahan beberapa individu untuk ujian saringan awal air kencing.

“Hasil saringan air kencing, mendapati enam lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50-an positif dadah.

“Mereka kemudian ditahan untuk tindakan selanjutnya,” kata jurucakap AADK Sarawak.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung tangkapan tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berlaku aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan kepada AADK di talian 0389112233 atau Whatsapp kepada 0196262233.
 

Advertisement