Anda di sini

10 warga emas disantuni Program Khidmat Bantu Di Rumah

Advertisement
 Siti Khadijah (tiga kanan) dan para sukarelawan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas.
DISANTUNI: Siti Khadijah (tiga kanan) dan para sukarelawan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas.
 Siti Khadijah (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas
PRIHATIN: Siti Khadijah (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas

SERAMAI 10 warga emas menerima sumbangan melalui Program Khidmat Bantu Di Rumah untuk kawasan sekitar bandar Bintulu dan Kampung Jepak daripada Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu, baru-baru ini.

Ia bersempena dengan Program Jalinan Kasih Sukarelawan anjuran Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Bintulu yang disertai 15 sukarelawan yang diketuai Siti Khadijah Abdullah.

Siti Khadijah berkata, antara jenis sumbangan yang disampaikan kepada warga emas terbabit ialah barang makanan, wang tunai termasuk sumbangan alat bantu berjalan bagi tiga warga emas untuk memudahkan pergerakan mereka di rumah.

“Melalui sumbangan itu diharap akan menerap perasaan simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan komuniti kepada golongan warga emas yang kurang bernasib baik dan terpinggir,” katanya di Bintulu, baru-baru ini.

Selain itu katanya, ia juga untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan sekali gus memberikan pengalaman menarik yang memberikan faedah kepada sukarelawan yang terlibat.

“Kami juga berharap dapat menggembirakan warga emas yang kesunyian ini, mengeratkan hubungan silaturahim, dapat menerapkan konsep masyarakat penyayang serta memberikan kesedaran berkenaan kerja-kerja kebajikan sebagai tanggungjawab bersama,” tambahnya.

Justeru katanya, dengan usaha itu akan lebih ramai anggota masyarakat dan sukarelawan prihatin terhadap golongan sasar yang memerlukan.

Beliau berterima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang terlibat menjayakan program itu yang terdiri daripada Jaleha Bujang, Mariana Tuah, Jamerut Los, Adib Aziz, Hanafe Mahli, Mohd Zakaria Yusof, Atiqah Masri, Hajah Ramlah, Norsimah Abdullah, Lydiana Drahman, Daimah Ahmad, Stiah Asgar, Norliza Bujang dan Dina Kemarau.

  • oleh
  • Advertisement