Anda di sini

Wanita didakwa miliki dadah 31.90 gram

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memiliki dadah seberat 31.90 gram.

Siti Sarah Kariun didapati memiliki dadah jenis Methamphtamine itu pada 23 Disember 2018 jam 11 malam di Kampung Gersik, Wilayah Persekutuan Labuan.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan penjara seumur hidup atau selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, serta tidak kurang daripada 10 sebat.

Namun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita.

Sementara itu tiada pengakuan diambil daripada Siti Sarah yang dibawa di hadapan hakim Ummu Kalthom Abd Samad.

Ummu Kalthom menetapkan sebutan semula kes terhadap tertuduh pada 24 Julai yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan Labuan.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwaraya Adibah Saiful Bahri melakukan pendakwaan terbabit.

  • oleh
  • Advertisement