Anda di sini

Sengaja guna jalan sunyi nak cabul dan rogol anak angkat

Advertisement
 

KUCHING: Seorang gadis menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah di Matang, kerap ponteng sekolah kerana trauma apabila dirogol dan dicabul bapa angkatnya ketika menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Menurut sumber, perbuatan bapa angkatnya terbongkar apabila mangsa dipanggil pihak pengurusan sekolah pada Selasa lalu yang ingin mengetahui punca dia kerap ponteng.

Selepas dipujuk, dia memberitahu enggan ke sekolah bagi mengelak bapa angkatnya mencabul dan merogol yang menggunakan motosikal menghantar dan mengambilnya.

“Bapa angkatnya akan memilih jalan sunyi dan memberhentikan motosikal di tepi jalan raya untuk mencabulnya dengan menyentuh kemaluan dan seluruh badannya.

"Kejadian lebih teruk pada 17 Mei lalu apabila mangsa dibawa oleh suspek ke kawasan semak dan merogolnya," kata sumber.

Gadis itu diugut supaya mendiamkan diri jika tidak mahu ditampar olehnya atau akan dirogol lagi.

Mangsa pernah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu angkatnya tetapi tidak dipercayai.

Pihak sekolah kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian yang membawa kepada penangkapan suspek sekitar pukul 4.45 petang Rabu di Kampung Temenggong, Matang.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu suspek berusia 64 tahun terbabit akan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

“Soal siasat ke atas suspek mendapati dia mengaku ada mencabul mangsa dengan menyentuh kemaluan dan merogolnya di kawasan semak,” kata Aidil.

Tambahnya, mangsa yang merupakan anak saudara isteri suspek yang diangkat sejak bayi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan sebagai kes rogol.

  • oleh
  • Advertisement