Anda di sini

Isu kehamilan remaja tidak bersekolah diberi perhatian

Advertisement
 Fatimah (duduk, empat kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankuasa OSTPC selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu semalam.
TERUS DITANGANI: Fatimah (duduk, empat kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankuasa OSTPC selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu semalam.

KUCHING: Isu kehamilan dalam kalangan remaja tidak bersekolah di Sarawak akan diberi perhatian dan perlu ditangani secara holistik.

Menteri Kebajikan, Kese-jahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana ia menyumbang kepada peratusan kes kehamilan remaja di negeri ini.

Beliau berkata kehamilan remaja tidak bersekolah menyumbang dua peratus kepada jumlah keseluruhan kes kehamilan remaja di negeri ini.

“Kementerian menerusi One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) akan memfokus kepada masalah kehamilan remaja tidak bersekolah kerana daripada statistik remaja hamil di negeri ini, dua peratus daripada kes ini melibatkan remaja tidak bersekolah.

“Perkara ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat OSTPC peringkat negeri hari ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat OSTPC Peringkat Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Fatimah yang juga pengerusi OSTPC berkata akar atau punca kepada masalah kehamilan remaja tidak bersekolah perlu dikenal pasti bagi memboleh-kan isu itu dapat ditangani dengan berkesan.

Menurut beberapa faktor dikenal pasti ialah masalah keluarga atau kemiskinan, berkahwin pada usia remaja, faktor jenayah iaitu menjadi mangsa rogol sehingga hamil, sumbang mahram dan pe-nyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pada tahun lalu (2018) sebanyak 416 kes kehamilan remaja tidak bersekolah direkodkan di negeri ini kerana mereka berkahwin bawah umur iaitu 12 hingga 16 tahun.

Katanya daripada jumlah tersebut, 105 mendaftar perkahwinan mereka di bawah undang-undang syariah, 47 lagi perkahwinan sijil dan 255 berkahwin mengikut adat istiadat kaum masing-masing.

Fatimah turut mendedahkan pada tahun lalu seramai 91 remaja menjadi mangsa rogol dan daripada jumlah itu, 51 mengandung.

Sementara itu katanya, bilangan dan peratusan remaja hamil di Sarawak pada 2018 menunjukkan peningkatan sebanyak 1.1 peratus atau 23 kes dan salah satu puncanya ialah bilangan kehamilan secara umumnya menurun.

Bagaimanapun katanya, lima bahagian di Sarawak mencapai sasaran penurunan bilangan remaja hamil sebanyak 10 peratus dan ke atas iaitu Betong 31 peratus, Sibu (20.4 peratus), Serian (15.1 peratus) Samarahan (14 peratus) dan Sri Aman (10 peratus).

Manakala tiga lagi bahagian mencatatkan penurunan bila-ngan remaja hamil di bawah 10 peratus iaitu Miri, Sarikei dan Limbang, empat lagi baha-gian mencatat kenaikan iaitu Kuching, Mukah, Bintulu dan Kapit.

“OSTPC akan terus meng-anjurkan program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di sekolah-sekolah menengah di Sarawak pada masa sama menggalak pihak sekolah menganjurkan program kesihatan remaja.

“Bagi tahun ini jawatan-kuasa ini akan menganjurkan 46 program KAPS dan 11 telah dianjurkan setakat ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement