Anda di sini

Filem web ‘Baju Burong Apai’ dapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Barisan pelakon filem web ‘Baju Burong Apai’, (dari kiri) Ernie, Maclean, Emmanuel bersama Dr. Noria (tiga kanan), Philip (dua kanan) dan Smiley (kanan).
DAPAT SAMBUTAN: Barisan pelakon filem web ‘Baju Burong Apai’, (dari kiri) Ernie, Maclean, Emmanuel bersama Dr. Noria (tiga kanan), Philip (dua kanan) dan Smiley (kanan).

KUCHING: Filem web ‘Baju Burong Apai’ produksi Reservoir Production dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kini sudah mencecah 739,000 penonton sejak disiarkan di laman sosial facebook pada 17 Mei lalu.

Menurut Penasihat Pakar Kebudayaan Petronas, Dr. Noria Tugang filem web berdurasi 4 minit 40 saat itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan berdasarkan kepada komen yang diterima pihaknya setakat ini.

“Tema yang dipilih oleh pihak Petronas adalah ‘Anugerah’ dan daripada itu terciptalah filem web ini yang bertajuk ‘Baju Burong Apai’ arahan Ismail Kamarul atau lebih dikenali sebagai ‘Smiley’ dengan sarikata dalam Bahasa Inggeris,” katanya di dalam sidang media yang diadakan disini kelmarin.

Intipati di dalamnya menceritakan hubungan kekeluargaan ibarat air yang dicincang tidak akan putus dan tradisi tidak akan pernah lenyap dari sanubari seseorang walau sejauh mana seseorang itu pergi.

Bahasa Iban yang digunakan digenerikkan untuk menyesuaikan semua bangsa Iban yang moden hari ini yang telah dilakukan oleh pelakon utama yang juga penterjemah skrip, Maclean Patrick Sibat, 44 tahun, (Roy di dalam lakonannya).

Semua sesi rakaman lakonan telah dilakukan selama 3 hari di seluruh kawasan bandar raya Kuching dan rumah panjang Kampung Esengei, Sebuyau yang mengambil masa 6 jam penggambaran.

Maclean ketika ditemui berkata hanya mencuba sebagai penulis dialog dan jurulatih untuk dialog selepas mendapat panggilan daripada pembantu pengarah filem web, Philip Rom Kulleh Mac lepas.

Beliau katanya tidak berfikir dua tiga selepas disapa oleh kerana memang berasa teruja untuk bekerja dengan pihak Petronas yang sememangnya profesional di dalam kerja yang dilakukan mereka.

Kali pertama beliau berkesempatan bekerja dengan Petronas dan sebelum ini mempunyai latar belakang di dalam bidang teater, merupakan perintis bagi sekumpulan penyair puisi di sini tetapi bekerjaya sebagai Pegawai IT di UNIMAS selama 19 tahun.

“Secara peribadi saya merasakan ia sesuatu yang istimewa semasa membuat ‘scene’ di dalam bahagian dapur di BCCK.

“Namun saya masih baru dan masih mahu belajar lebih lagi termasuk penulisan skrip dan bukan lakonan sebenarnya.

“Saya setengah buta semasa membuat sesi penggambaran dan gembira dengan komen hasil maklum balas dan ia menyentuh perasaan mereka dan ia memberi kesan positif,” katanya.

Maclean anak kelahiran Marudi amat berbangga kerana tidak pernah terfikir untuk membuat produksi Iban.

Katanya, masyarakat Iban moden hari ini yang mendiami kawasan bandar, juga mempunyai selisih pendapat.

“Anda boleh bawa Iban jauh dari Sarawak, tetapi anda tidak dapat buang Sarawak daripada mereka. Kalau banyak yang balik ke Sarawak kali ini...adalah sesuatu yang baik,” tambahnya berseloroh.

Akan tetapi walaupun pegangan agama yang berbeza, kita tetap kembali kepada keluarga dan tradisi dan asal usul, itulah Sarawak, tegasnya.

Turut hadir sama adalah Pengurus Besar Petronas Sarawak, Zulaihi Mantali, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Zahariah Abdul Rahman.

Selain Maclean, pelakon layar web filem yang lain adalah Ernie Doris dan Emmanuel Reuben.

  • oleh
  • Advertisement