Anda di sini

Projek besar kerajaan demi kesejahteraan rakyat: Dennis

Advertisement
 Dennis (tengah, barisan belakang) bergambar bersama sebahagian belia yang hadir bagi menjayakan Program Jelajah Belia Sarawak 2019 (Telang Usan) di Long Lama, Sabtu lalu.
KENANGAN: Dennis (tengah, barisan belakang) bergambar bersama sebahagian belia yang hadir bagi menjayakan Program Jelajah Belia Sarawak 2019 (Telang Usan) di Long Lama, Sabtu lalu.

MIRI: Kerajaan hanya me-laksanakan projek besar yang diyakini 100 peratus dapat membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada penduduk di sesebuah kawa-san.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, justeru golongan belia perlu memahami projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan serta isu-isu semasa.

Katanya, selain itu perlaksanaan pembangunan juga harus mendapat maklum balas positif daripada peserta di kawasan itu.

“Golongan belia perlu melihat setiap rancangan dan pelaksanaan pembangunan dari segenap aspek, bukannya membuat kesimpulan berdasarkan pembacaan di media sosial atau hanya mendengar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa Sesi Town Hall sempena Program Jelajah Belia Sarawak 2019 (Telang Usan) di Long Lama, Sabtu lalu.

Beliau menambah, antara aspek lain yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah apa sumber semula jadi yang terdapat di kawasan itu yang dilimpahi dengan sumber semula jadi seperti sungai besar yang dapat menjana tenaga hidro.

“Mengambil contoh negara China yang mengatasi masalah kemiskinan di kawasan pedalaman melalui pembangunan empangan hidro. Kawasan tasik empangan menjadi tarikan pelancongan dan peluang pekerjaan.

“Sebab itu pernah dicadangkan empangan Baram sebagai pemangkin pembangunan namun ada pihak yang menolak projek itu. Justeru kerajaan mencari alternatif lain namun saya bimbang ia tidak menarik bagi belia dan pelaksanaan mengambil masa lebih lama,” ujarnya.

Menurut Dennis, meskipun Telang Usan mempunyai potensi luas dalam pembangunan pertanian dan pelancongan, namun mereka lebih berminat bekerja di projek mega yang menawarkan pekerjaan seperti jurutera, pengurusan tertinggi dan kakitangan pejabat.

Mengenai Program Jelajah Belia Sarawak 2019 (Telang Usan), Dennis menyifatkan penganjuran itu sebagai satu sejarah kerana julung kali diadakan di Telang Usan.

Terdahulu, pemimpin belia dari Uma Akeh Spanski Steven berkata kawasan Telang Usan, Baram memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan kolar biru yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka dalam usaha mengurangkan migrasi generasi muda luar bandar ke bandar.

Katanya, kekurangan peluang pekerjaan yang bersesuaian ini menyebabkan sebahagian besar belia di situ cenderung mencari pekerjaan di luar Telang Usan seperti di Miri, Kuching, Bintulu dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ini me-nyebabkan kebanyakan rumah panjang kini tidak ramai belia dan hanya dihuni golongan warga emas.

“Pendidikan dan latihan kemahiran yang diwujudkan oleh kerajaan banyak me-lahirkan generasi belia yang berkemahiran. Namun belia Telang Usan hari ini kecewa kerana peluang pekerjaan di sektor kolar biru di sini masih berkurangan.

“Tanpa peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran di Telang Usan, kami bimbang pada suatu hari ini rumah panjang di sini dan Ulu Baram akan jadi ‘rumah panjang hantu’ tiada berpenghuni,” katanya.

Spanski menambah, beliau percaya terdapat belia mahu tinggal di rumah panjang sekiranya terdapat peluang pekerjaan bersesuaian di kawasan berhampiran.

Justeru katanya, kerajaan perlu meneliti projek pembangunan di kawasan Ulu Baram khususnya Telang Usan dengan mengambil kira mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor kolar biru.

Kira-kira 700 peserta majoriti belia hadir semasa sesi tersebut.

  • oleh
  • Advertisement