Anda di sini

Olivia dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu 2019

Advertisement
 (Bermula kiri) Uchi, Alice, Nanta, Uggah dan Jamit bersama Olivia (duduk) diapit Gloria (enam kiri) dan Wati mengungguli Kumang Gawai Dayak Sibu 2019, malam kelmarin.
JELITA: (Bermula kiri) Uchi, Alice, Nanta, Uggah dan Jamit bersama Olivia (duduk) diapit Gloria (enam kiri) dan Wati mengungguli Kumang Gawai Dayak Sibu 2019, malam kelmarin.

SIBU: Olivia Gundi dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu 2019 pada Majlis Pra-Gawai Dayak Bahagian Sibu 2019 berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Dengan gelaran tersebut, beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000 berserta piala, hamper, selempang dan mahkota.

Gelaran ‘Lulong Gawai Dayak Sibu’ atau naib johan jatuh kepada Gloria Malong sekali gus memenangi wang tunai RM1,500 berserta piala, hamper dan selempang.

Wati Assan meraih gelaran ‘Selinggar Matahari Gawai Dayak Sibu’ atau tempat ketiga memenangi wang tunai RM1,000 berserta piala, hamper dan selempang.

Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Stephny Maszleen Sophian dan Frederica John. Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM300 dan RM250.

Empat peserta lagi (tempat keenam hingga ke-9) iaitu Dorika James, Racquel Sheryl Echa, Norani Roseline dan Sharon Mathew menerima RM150 setiap seorang hadiah sagu hati.

Lain-lain kategori ditawarkan menyaksikan Stephny memenangi ‘Miss Favorite’ diikuti Frederica mengungguli ‘Best Fashion Model’ dan ‘Dara Bepengelandik’ (berbakat) Racquel Sheryl.

Pada kategori ini, Stephny dan Frederica masing-masing menerima gambar berserta bingkai bersaiz 12R dan baucar RM100 daripada Roses dan Orange Vibe Entertainment.

Racquel turut menerima baucar RM100 daripada Roses.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Presiden SIDS merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Datuk Alice Jawan.

Turut mengiringinya Pengerusi SIDS Sibu merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola Angelyn Uchi Maseng.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku ‘Tuai Pengabang’, Penasihat Khas Jabatan Ketua Menteri Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.

Advertisement