Anda di sini

‘Black Mirror’ musim kelima Jun ini dengan Cyrus antara pelakon

Advertisement
 

SIRI sains fiksyen ‘Black Mirror’ akan memulakan musim kelima bagi drama paranoid melibatkan teknologi itu pada 5 Jun, umum Netflix pada Rabu lepas, dengan barisan pelakon termasuk penyanyi pop Miley Cyrus, pelakon ‘Avengers’ Anthony Mackie dan bintang ‘Fleabag’ Andrew Scott.

Pengarah Charlie Brooker dan Annabel Jones kembali dengan tiga kisah baharu, kira-kira enam bulan selepas penayangan ‘Black Mirror: Bandersnatch’, satu edisi khas interaktif untuk rancangan itu yang menawarkan kepada penonton peluang untuk memilih dari beberapa pilihan senario.

Perkhidmatan striming mempersembahkan satu treler bagi siri baharu yang bermula dengan watak Scott duduk di dalam sebuah kereta memegang selaras senjata ketika terlibat dalam perbalahan dengan polis.

Mackie yang kelihatan bosan kemudian muncul dalam satu babak domestik, sementara dalam satu kisah ketiga, Cyrus yang menggunakan rambut palsu ungu berada di atas pentas membuat persembahan di depan seorang penonton.

‘Black Mirror’, yang mana kisahnya melihat kepada kesan dari teknologi canggih terhadap masyarakat moden, ditayangkan pertama kali di Britain pada 2011  dengan tiga episod, yang pertama telah melihat seorang perdana menteri British yang bersifat fiksyen dipaksa untuk melakukan hubungan intim dengan seekor khinzir dalam siaran langsung di televisyen.
Musim yang kedua muncul pada 2013, dan kedua-duanya kemudian ditambahkan dalam Netflix. — Reuters

Advertisement