Anda di sini

50 motosikal hangus di bengkel

Advertisement
Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
Anggota bomba berjaya menghalang kebakaran daripada terus merebak. - Gambar ihsan bomba 

KUCHING: Kira-kira 50 buah motosikal pelbagai jenis antara barangan yang musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel di Jalan Batu Kawa, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 1.44 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati api telah marak di tingkat bawah rumah kedai tiga tingkat itu dan hampir 50 buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

“Walaupun menghadapi kesukaran disebabkan masih terdapat arus elektrik, pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak pada pukul 2.44 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 4.13 pagi.

Tada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement