Anda di sini

Lelaki baring tengah jalan maut dilanggar kereta

Advertisement
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah kereta, awal pagi tadi

SIBU: Tindakan seorang lelaki yang berbaring atas jalan raya mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah kereta di Sibu Jaya, hari ini.

Mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang dikatakan baring di tengah jalan raya telah diseret kereta dalam kejadian sekitar 4.10 pagi.

"Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun dari bandar Sibu Jaya menghala ke Bulatan Sibu Jaya telah terlanggar dan mengheret mangsa yang baring di tengah-tengah jalan. 

"Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kes masih dalam siasatan," tambahnya lagi.

  • oleh
  • Advertisement