Anda di sini

Kes guru cabul, liwat murid: Lebih ramai mangsa dijangka tampil buat laporan

Advertisement
 


LAWAS: Polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai murid yang menjadi mangsa cabul dan liwat oleh seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini, akan tampil membuat laporan dalam masa terdekat. 

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, hasil siasatan mendedahkan beberapa insiden berasingan dilalukan oleh suspek terhadap beberapa murid di sekolah berkenaan.

"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas akan membuka empat kertas siasatan di bawah kesalahan mencabul dan melakukan hubungan seksual luar tabii berdasarkan maklumat diterima daripada mangsa-mangsa dan tempat kejadian.

"Dijangka beberapa lagi mangsa akan tampil dalam masa terdekat ini," katanya kepada media hari ini.

Abang Zainal berkata hasil siasatan turut mendedahkan suspek juga disiasat oleh JSJ IPD Kota Kinabalu atas kesalahan mencabul dan meliwat seorang mangsa yang juga merupakan murid sekolah yang sama.

"Menurut laporan diterima, suspek membawa mangsa menyewa di sebuah apartment di Kota Kinabalu untuk melampiaskan nafsunya.

"Suspek meninggalkan mangsa di Kota Kinabalu sebelum berjaya ditangkap oleh JSJ Ipd Lawas pada Sabtu lepas di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu," jelasnya.

Katanya lagi, mangsa telah berjaya menghubungi keluarganya dan tampil membuat laporan polis.

Beliau berkata tempoh tahanan reman terhadap suspek dijangka akan dilanjutkan setelah ia tamat pada Selasa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
 

BERITA BERKAITAN: Guru di Lawas didakwa cabul, liwat tujuh murid 

                                    Guru cabul dan liwat murid direman tiga hari

  • oleh
  • Advertisement