Anda di sini

Sarawak kalah lagi, kekal di tangga ke-10 Liga Premier

Advertisement
Pemain pasukan UiTM FC Zarko Korac (tengah) mengawal bola dari pemain pasukan Sarawak Pedro Henrique Dias De Amorim (kiri) pada perlawanan Liga Premier 2019 antara pasukan UiTM FC bertemu pasukan Sarawak di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam Sabtu. - Gambar Bernama

KUCHING: Sarawak yang gagal mempertahankan jaringan awal Bobby Gonzales menyaksikan mereka tewas 2-1 di tangan UiTM FC dalam aksi Liga Premier berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam malam Sabtu.

Kekalahan kelapan itu mengekalkan Sarawak di tangga ke-10 Liga Premier dengan mengumpul sembilan mata selepas menamatkan 13 perlawanan setakat ini.

Bobby mengejutkan tuan rumah dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit kedua.

Penyerang import dari Montenegro, Zarko Korac meletakkan kedudukan kembali seimbang dengan meledak gol pertama UiTM pada minit ke-27.

Impian Sarawak untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian selepas Nazrin Syamsul menjaringkan gol kemenangan UiTM pada minit ke-85.

Sarawak akan meneruskan kempen menentang Johor Darul Takzim II pada 25 Mei (Sabtu) di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

  • oleh
  • Advertisement