Anda di sini

Rundingan MA63 positif, perkongsian pendapatan, hasil minyak dan gas akan diperhalusi

Advertisement
Abang Johari menyerahkan bubur lambuk kepada golongan asnaf pada Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2019 Cawangan Satok dengan kerjasama Permodalan Satok Berhad di Kuching hari ini. Gambar Muhd Rais Sanusi
Abang Johari menyerahkan bubur lambuk kepada golongan asnaf pada Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2019 Cawangan Satok dengan kerjasama Permodalan Satok Berhad. - Gambar Muhd Rais Sanusi.

KUCHING: Perkongsian pendapatan serta hasil minyak dan gas antara dua daripada beberapa perkara yang bakal mempunyai hasil positif dalam rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata mengikut perlembagaan, Sarawak mempunyai hak ke atas perkongsian pendapatan dan hasil minyak dan gas. 

"Perkara ini akan diperhalusi oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi termasuk kita dari Sarawak dan Sabah. Saya rasa kita akan mempunyai hasil yang positif dalam beberapa perkara selepas diperhalusi oleh Jawatankuasa Teknikal MA63," katanya ketika ditemui pada Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2019 Cawangan Satok hari ini. 

Majlis penyerahan bubur lambuk tersebut berlangsung di tapak pejabat Permodalan Satok Berhad (PSB) yang terletak di Jalan Haji Taha di sini.

Jelas Abang Johari lagi mesyuarat kali ini adalah lebih kepada sudut undang-undang selepas fasa satu antara Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dengan kerajaan terdahulu mengenai penurunan kuasa pentadbiran. 

Malah katanya 13 perkara yang telah dipersetujui sebelum ini juga akan diteruskan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak. 

Ditanya mengenai pindaan semula Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Abang Johari berkata mereka telah bersetuju proses penghalusan berjalan sehingga Julai. 

Selepas Julai katanya, kesimpulan akan dibuat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat. 
 

  • oleh
  • Advertisement