Anda di sini

Miri Times Square julung kali raikan Gawai

 Gambar mengenai sambutan Gawai Dayak anjuran Marina Parkcity di Miri Times Square pada 25 Mei ini.
GAWAI TIBA LAGI: Gambar mengenai sambutan Gawai Dayak anjuran Marina Parkcity di Miri Times Square pada 25 Mei ini.

MIRI: Bersempena dengan kedatangan perayaan Gawai Dayak, Marina Parkcity akan menganjurkan sambutan buat julung kali bertempat di The Plaza, Miri Times Square pada 25 Mei, mulai jam 9 pagi hingga 9.30 malam.

Pelbagai aturcara disusun bukan hanya untuk kaum Dayak malah semua masyarakat berbilang kaum di Miri.

Ketua Pegawai Operasi Marina ParkCity, Chee Siew Pin berkata, acara itu disambut baik oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kehadiran Datuk Bandar Adam Yii sebagai tanda sokongan sekali gus merasmikan majlis itu nanti.

“Sarawak kaya dengan sejarah dan masa inilah yang paling sesuai untuk orang awam melawat Miri.

Kami berbangga dapat menjadi hos bersama dengan masyarakat tempatan bagi menjayakan sambutan ini.”

“Kita berharap dapat terus bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk mengekalkan amalan tradisi dan budaya masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Miri Times Square bekerjasama dengan Borneo Evangelical Mission (BEM) on The Rock Church yang akan mengadakan beberapa persembahan pentas dan aktiviti.

Kira-kira 30 gerai menjual produk kraf tangan dan makanan tempatan dibuka kepada orang awam sepanjang program itu.

Pelawat turut berpeluang menyaksikan bengkel, demonstrasi makanan tradisional dan tarian kebudayaan.

“Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan tiket bertuah termasuk baucar tunai dan hadiah hebat termasuk set televisyen sumbangan Harvey Norman yang diadakan mulai jam 6 petang hingga 9.30 petang,” kata Chee.

Keterangan lanjut boleh didapati di Marina ParkCity Facebook dan Instagram.