Anda di sini

Liga Berdua: The Jokers perkukuhkan kedudukan selaku pendahulu carta

Advertisement
 Willie Chung (kiri) dan Adrian Koh yang mewakili Elite.
TERBAIK: Willie Chung (kiri) dan Adrian Koh yang mewakili Elite.

KUCHING: The Jokers mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu carta Liga Berdua 180 & ke bawah Megalanes Adventure World selepas kemenangan selesa 12-3 mengatasi DT Impact pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, penguasaan mereka dikurangkan kepada 1.79 mata Peterson selepas pasukan di tangga kedua, Elite turut mencatat kemenangan besar 13-2 dengan menewaskan Putra J Bowlers yang jatuh ke tangga kelima ekoran kekalahan tersebut.

Pada masa sama, GGMU Bowlers melonjak ke tangga ketiga susulan kemenangan 10-5 ke atas Predators Bowlers yang menduduki tangga keempat.

N Eight pula naik ke tangga keenam hasil pungutan mata maksimum daripada perlawanan ‘blind-score’.

Medic Squad 2, DT Impact dan Borneo Pin Hunter masing-masing menduduki tangga ketujuh hingga kesembilan.

Sementara itu, Willie Chung dari Elite kini berkongsi kedudukan dengan Awang Nuzul Annuar (Putra J Bowlers) selaku pendahulu kategori Individual High Game.

Patrick Naga dan rakan sepasukan The Jokers, Mohd Radzri Annuar berada di tangga kedua untuk kategori tersebut.

Sebagai tambahan, Willie turut merampas kedudukan teratas kategori Individual High Series dari rakan sepasukannya, Danny Lim.

Sementara itu, tiada perubahan dicatat dalam kedua-dua kategori Team High Game dan Team High Series yang kekal dikuasai Elite sambil diekori The Jokers dan GGMU Bowlers.

Ia turut menyaksikan Beverly Mias dari Borneo Pin Hunters menggantikan Normaliza Abdul Majid sebagai calon pemenang Best Ladies Award.

Advertisement