Anda di sini

Filem ‘Star Wars’ tahun 2022 daripada pencipta ‘Game of Thrones’

Advertisement
DAVID BENIOFF & D.B. WEISS
DAVID BENIOFF & D.B. WEISS

SELEPAS saga Skywalker tamat pada Disember, pengembaraan Walt Disney Co yang seterusnya ke dalam galaksi ‘Star Wars’ akan muncul daripada pencipta rancangan terkenal global HBO ‘Game of Thrones’, menurut ketua eksekutif syarikat berkenaan.

Disney mengumumkan pada minggu lepas bahawa ia telah menjadualkan filem ‘Star Wars’ untuk Disember 2022, 2024 dan 2026 namun tidak mendedahkan sebarang maklumat lain.

Filem-filem itu akan menjadi filem-filem pertama ‘Star Wars’ selepas ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ ditayangkan pada Disember 2019.

Bercakap ketika satu sidang pelabur baru-baru ini, Ketua Eksekutif Bob Iger telah mengesahkan bahawa filem 2022 akan dihasilkan oleh David Benioff dan D.B. Weiss, pencipta bagi siri fantasi zaman pertengahan ‘Game of Thrones’.

Beliau tidak memberikan sebarang maklumat lain.

Disney telah menyatakan siri itu akan memberitahu sebuah kisah berbeza dari filem Skywalker yang bermula dengan filem asal ‘Star Wars’ tahun 1977.

Syarikat tersebut turut mengumumkan satu trilogi ‘Star Wars’ berasingan yang dihasilkan oleh pengarah ‘Star Wars: The Last Jedi’ Rian Johnson. Tiada tarikh tayangan didedahkan. — Reuters

Advertisement