Anda di sini

Empat ditangkap ketika bantahan LGBT di Rusia

Advertisement
 Polis rusuhan Rusia menahan aktivis hak ‘gay’ pada Hari Sedunia Menentang Homofobia dan Transofobia di Saint Petersburg, kelmarin. — Gambar AFP
DITAHAN: Polis rusuhan Rusia menahan aktivis hak ‘gay’ pada Hari Sedunia Menentang Homofobia dan Transofobia di Saint Petersburg, kelmarin. — Gambar AFP

SAINT PETERSBURG: Empat orang telah ditangkap kelmarin semasa satu bantahan oleh pihak aktivis LGBT di tengah Saint Petersburg, bandar kedua di Rusia, menurut seorang wartawan AFP.

Kira-kira 10 orang turut serta dalam bantahan ketika mereka meraikan hari antarabangsa menentang homofobia dan transfobia serta telah segera dikepung oleh sekumpulan polis pencegah rusuhan.

“Kami ingin menarik perhatian terhadap masalah bagi komuniti LGBT. Mereka sedang mengapit kami dan tidak membenarkan kami untuk mempertahankan hak kami,” salah satu dari kumpulan tersebut memberitahu AFP.

Dewan bandar raya Moscow pada Rabu lepas menolak empat permohonan bagi tunjuk perasaan, termasuk satu perarakan ‘gay-pride’, dilakukan oleh Nikolai Alexeyev, seorang ketua komuniti gay di Rusia yang menyatakan pihak berkuasa bandar telah menolak rali-rali sebegitu selama 14 tahun.

Pada November lepas Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah telah menegur Moscow bagi satu pengharaman untuk mengadakan perhimpunan LGBT sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan untuk mengadakan perhimpunan.

Moscow juga sejak 2013 telah menghukum dengan hukuman seperti denda dan penjara  bagi apa sahaja yang dilihat oleh pihak berkuasa sebagai “propaganda” gay di mana-mana sahaja yang mungkin dilihat oleh kanak-kanak.

Terdapat juga beberapa kes yang dilaporkan sejak dua tahun lepas mengenai golongan gay telah dipenjarakan atau dibunuh di republik Chechnya di Rusia. — AFP

Advertisement