Anda di sini

Ekspo Perabot Hup Seng Furniture di Dewan Suarah Sibu

Advertisement
 
 Antara perabot yang ada dipamerkan sempena Ekspo Perabot Hup Seng Furniture di Dewan Suarah Sibu.
EKSPO PERABOT: Antara perabot yang ada dipamerkan sempena Ekspo Perabot Hup Seng Furniture di Dewan Suarah Sibu.

SIBU: Hup Seng Furniture kini sedang mengadakan Ekspo Perabot di Dewan Suarah Sibu bermula 18 hingga 28 Mei ini.

Menurut jurucakap Hup Seng, ekspo sempena sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Sempena ekspo ini, kita menawarkan pelbagai jenis perabot untuk dipilih dengan harga yang berpatutan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Antara perabot yang dipamerkan termasuk set sofa, set meja makan, almari dan set bilik tidur.

Sementara itu, pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM500 akan diberikan satu tiket cabutan bertuah.

Cabutan bertuah ini yang akan dilakukan pada 30 Jun 2019, menawarkan 33 hadiah secara keseluruhan.

Hadiah pertama berupa set bilik tidur, diikuti set sofa dan set meja makan bagi hadiah kedua dan ketiga.

Advertisement