Anda di sini

‘Dan Leburkanlah’ ~ Single religi pertama daripada Slash

Advertisement
SLASH
SLASH

SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, kumpulan Slash yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu ‘Taman Astakona’ telah melahirkan single pertama mereka yang berkonsepkan religi berjudul ‘Dan Leburkanlah’ yang juga single keempat mereka.

Bernaung kini di bawah label mereka sendiri Astakona Entertainment, Slash yang berkonsepkan pop rock dianggotai oleh Nuar selaku vokalis, Joe dan Rafix  selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum. Masing-masing  berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single ‘Dan Leburkanlah’ ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut Joe, untuk pembikinan single ini mereka mendapatkan khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama dan turut menampilkan Daly Filsuf dalam single terbaharu ini.

Proses rakaman single ini telah mengambil masa seminggu untuk disiapkan di The Archive Studio Kuala, manakala proses Mixing Mastering dibuat oleh Taja Mustapha (Meet Uncle Hussin).

Berbicara mengenai ‘Dan Leburkanlah’, lagu ini bertemakan kecintaan terhadap Maha Pencipta yang abadi yang memberikan hidayahNya, ianya juga membawa maksud yang tersirat dalam mencari redha ilahi.

Slash juga berharap agar lagu ini diterima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan dan merupakan salah satu mesej positif daripada kumpulan Slash kepada masyarakat setelah 24 tahun dalam industri seni.

Lirik video single ‘Dan Leburkanlah’ telah dilancarkan pada 9 Mei lepas di saluran rasmi Youtube Astakona Entertainment dan sehingga kini telah melepasi 30 ribu tontonan.

Advertisement