Anda di sini

Bekas ketua gerila Colombia ditangkap semasa dibebaskan dari penjara

Advertisement
 Ketua parti politik FARC Pablo Catatumbo (kanan) bercakap dengan Senator Ivan Cepeda sementara menunggu berita tentang Santrich sebelum dibebaskan di Cali, Colombia kelmarin. Mahkamah keamanan khas di Colombia pada Rabu mengarahkan ‘pembebasan segera’ bekas ketua gerila sayap kiri yang dikehendaki AS kerana kesalahan mengedar dadah itu. — Gambar AFP
MASIH MENUNGGU: Ketua parti politik FARC Pablo Catatumbo (kanan) bercakap dengan Senator Ivan Cepeda sementara menunggu berita tentang Santrich sebelum dibebaskan di Cali, Colombia kelmarin. Mahkamah keamanan khas di Colombia pada Rabu mengarahkan ‘pembebasan segera’ bekas ketua gerila sayap kiri yang dikehendaki AS kerana kesalahan mengedar dadah itu. — Gambar AFP

BOGOTA: Seorang bekas ketua gerila sayap kiri dikehendaki oleh Amerika Syarikat bagi pengedaran dadah telah ditangkap semasa dia dibebaskan dari penjara di Colombia kelmarin, menurut parti politiknya.

Jesus Santrich, seorang bekas pemimpin pemberontak FARC yang buta, telah dibebaskan selepas satu arahan dari mahkamah kedamaian khas ditugaskan untuk menghakimi jenayah dilakukan semasa konflik bersenjata selama separuh abad di Colombia.

Special Jurisdiction for Peace (JEP) telah mengarahkan pembebasan lelaki berusia 52 tahun bagi mematuhi “jaminan bukan ekstradisi” yang membentuk bahagian dalam perjanjian damai bersejarah pada 2016 yang membawa satu penamat kepada pemberontakan FARC selama 50 tahun, mengubah bekas pemberontak itu kepada sebuah parti politik komunis.

“Santrich telah ditangkap semula di pintu penjara di mana dia telah dibebaskan,” menurut parti politik FARC di dalam akaun Twitternya.

Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwa raya umum menyatakan ia “bertindak berdasarkan” satu waran tangkap berkaitan dengan siasatan pengedaran dadah.

Santrich, yang mana nama sebenarnya adalah Seuxis Paucias Hernandez, disyaki terlibat dalam pengedaran 10 tan kokain ke AS di antara Jun 2017 dan April 2018, paling genting selepas perjanjian damai telah ditandatangani pada Disember 2016.

Washington, melalui kedutaannya di Bogota, telah membantah dengan keras pembebasan Santrich dan menuntut satu “rayuan segera” terhadap arahan pembebasan.

FARC, nama singkatan Sepanyol untuk Revolutionary Armed Forces of Colombia, yang kemudian telah menjadi parti politik Common Alternative Revolutionary Force, telah mengecam tuduhan terhadap Santrich sebagai satu “tindakan sengaja kehakiman.” — AFP

Advertisement