Anda di sini

Wee Hua Boo Trading adakan jualan istimewa hingga 20 Mei sempena ulang tahun syarikat

Advertisement
 Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd terletak di Jalan Rock.
PROMOSI ISTIMEWA: Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd terletak di Jalan Rock.

KUCHING: Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd kini mengadakan jualan istimewa sempena ulang tahun syarikat itu ke-51 selama tiga hari bermula hari ini.

Menurut jurucakap Wee Hua Boo Trading, jualan istimewa itu diadakan dari 18 hingga 20 Mei ini yang menawarkan potongan harga sehingga lebih 50 peratus.

Malah, pelanggan juga dapat menikmati diskaun tambahan dengan hadiah eksklusif terhad yang turut disediakan setiap hari sepanjang tiga hari promosi itu.

Pada masa sama Wee Hua Boo turut menawarkan harga istimewa hanya RM5.10 untuk bantal Slumberland.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan kerusi makan hanya RM51 seunit yang terhad sepanjang tempoh promosi itu.

“Kita juga menawarkan kerusi fabrik hanya RM510, kerusi fabrik ‘L’ RM5,100 dan juga set 3+2 kerusi sofa kulit RM5,100 yang turut menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

“Bagi pelanggan yang membuat pembelian RM5,000 dan ke atas akan mendapat pemegang kad nama percuma yang diperbuat daripada kulit kambing dan lembu,” tambah Jurucakap Wee Hua Boo.

Untuk pelanggan yang membuat pembelian RM10,000 ke atas pula akan mendapat kertas dinding berukuran 100 kaki persegi percuma.

Dalam pada itu, tilam jenama Slumberland juga menawarkan hadiah percuma tambahan yang bernilai RM1,000 ke atas.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan harga promosi ini di ruang pameran Slumberland di Pusat Beli-Belah Vivacity sepanjang tempoh promosi ini,” tambahnya.

Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Wee Hua Boo di talian 082-246641 atau mengunjungi kedai di Jalan Rock, batu dua setengah.

Premis itu dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 9.30 pagi hingga 9 malam manakala hari Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari promosi itu.

Advertisement