Anda di sini

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing mahu terus unggul

Advertisement
 Kok Wing (tengah) bersama para pelajar Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Afrika.
BANGGA: Kok Wing (tengah) bersama para pelajar Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Afrika.

CYCBERJAYA: Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing berjaya membuktikan keunggulannya sebagai satu-satunya institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia yang memiliki cawangan di luar negara khususnya di benua Afrika.

Sejak ditubuhkan 20 tahun lalu, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan mem-banggakan turut mempunyai cawangan di London, United Kingdom.

Lebih membanggakan, beberapa lagi kampus di bebe-rapa negara di Amerika Selatan, Asia Tengah dan Afrika dalam peringkat cadangan untuk dibuka sebagai sebahagian daripada perancangan tahun hadapan.

Pengasasnya, Tan Sri Datuk Profesor Dr Lim Kok Wing berkata, sebagai sebuah universiti tempatan bertaraf global, perancangan itu pastinya membolehkan Universiti Tek-nologi Kreatif Limkokwing terus bertapak kukuh dalam bidang pendidikan tempatan dan antarabangsa sekali gus menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia

Beliau yang mendapat jolokan Pemimpin Transformasi Dalam Pendidikan memberitahu, inisiatif itu juga secara tidak langsung membuktikan universiti dari Malaysia mampu memberikan pendidikan yang terbaik di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, transformasi dalam bidang pendidikan adalah amat penting kerana ilmu adalah kunci utama pada generasi muda untuk berjaya.

“Jika anda lihat kebanyakan program yang ditawarkan universiti ini adalah berasaskan pemikiran kreatif seiring de-ngan kehendak pendidikan dan kehendak pasaran dunia.

“Pada masa sama, pelajar di sini bebas berkarya untuk menghasilkan projek dalam kursus atau program mereka. Kreativiti adalah ilmu yang tidak boleh disekat sekali gus dapat membantu pelajar menjadi lebih yakin pada diri sen-diri,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo di Universiti Teknologi Kreatif, Cyberjaya baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Kok Wing berkata, sehingga kini Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing mempunyai 30,000 pelajar dari lebih 150 negara.

“Di kampus Cyberjaya sahaja mempunyai lebih 7,000 pelajar, kira-kira 80 peratus daripadanya adalah pelajar antarabangsa.

“Selain kampus di Cyberjaya ini, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing mempunyai kampus dan pusat pengajian di Botswana, Kemboja, Lesotho, Sierra Leone, Swaziland, Uganda dan United Kingdom,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana beliau memulakan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di benua Afrika, Kok Wing berkata, semuanya bermula 25 tahun yang lalu apabila beliau membantu kempen pilihan raya presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan, Nelson Mandela.

“Ketika itu saya dipertanggungjawab dalam merangka kempen pilihan raya untuk Nelson Mandela selepas diberi amanat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,”

“Saya lihat di sana anak-anak muda mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu tetapi mereka kekurangan fasiliti dan tempat pengajian yang sempurna. Selepas berbincang dengan pihak kerajaan di sana, kami membuka kampus yang pertama di Botswana pada tahun 2007,” jelas beliau.

Atas usaha beliau menabur bakti dalam bidang inovasi dan pendidikan, Kok Wing menerima pengiktirafan Anugerah Legenda Inovasi oleh Persekutuan Dunia Perniagaan (WorldCob) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Lebih membanggakan lagi, beliau merupakan individu pertama dalam badan itu yang menerima pengiktirafan tersebut.

Selain itu, beliau turut me-nerima pengiktirafan tertinggi Lord Of The Manor bagi tahun lalu untuk Daerah Somerset, Britain, iaitu pengiktirafan untuk perusahaan dalam pendidikan antarabangsa.

  • oleh
  • Advertisement