Anda di sini

Tiga pengedar dadah ditahan dalam tempoh seminggu

Advertisement
ANGGOTA polis berjaya mematahkan cubaan suspek melarikan diri semasa serbuan di Kampung Delima.
ANGGOTA polis berjaya mematahkan cubaan suspek melarikan diri semasa serbuan di Kampung Delima.

KOTA KINABALU: Tiga pengedar dadah berjaya ditumpaskan dalam tempoh seminggu menerusi operasi pembanterasan aktiviti penyalahgunaan dadah di beberapa kawasan di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, operasi bermula 11 sehingga 17 Mei dijalankan di Kampung Sembulan Lama, Delima, Likas dan Kalutan Inanam.

“Kita menahan sejumlah 63 individu dan tiga daripada mereka adalah pengedar dadah, 15 yang lain memiliki dadah manakala 44 terbabit dalam penagihan dadah serta seorang lagi melakukan kesalahan melanggar akta racun.

“Sepanjang Ops Sarang di Sembulan Lama kita berjaya menahan tujuh suspek memiliki dadah dan empat penagih dikehendaki.

“Polis juga berjaya merampas 18.54 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM2,781 mengikut harga dadah semasa,” katanya.

Tambahnya, kesemua 47 warga tempatan dan 16 warga asing yang ditahan berumur 14 hingga 50 tahun.

Beliau berkata kesemua tahanan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

  • oleh
  • Advertisement