Anda di sini

Remaja AS hamil dibunuh, bayi dikeluarkan dari rahim

Advertisement
 Gabungan gambar serahan Jabatan Polis Chicago kelmarin menunjukkan (dari kiri) Figueroa, Desiree dan Bobak yang didakwa terlibat dalam pembunuhan seorang remaja hamil. — Gambar AFP
SUSPEK: Gabungan gambar serahan Jabatan Polis Chicago kelmarin menunjukkan (dari kiri) Figueroa, Desiree dan Bobak yang didakwa terlibat dalam pembunuhan seorang remaja hamil. — Gambar AFP

CHICAGO: Polis di Chicago mendakwa tiga orang kelmarin berhubung dengan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya yang belum dilahirkan telah dikeluarkan dari rahimnya selepas kematiannya.

Polis berkata Marlen Ochoa-Lopez, 19, telah diumpan ke rumah seseorang yang dia kenali pada 23 April dengan janji bagi barangan bayi percuma, sebaliknya dia dicekik sehingga mati, dan bayinya dikeluarkan dari rahimnya.

Clarisa Figueroa, 46, dan anak perempuannya Desiree, 24, telah didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama.

Piotr Bobak, 40, yang menurut polis adalah teman lelaki Figueroa, telah didakwa ke-rana merahsiakan pembunuhan itu.

Pada satu sidang media, ketua polis Chicago Eddie Johnson menyifatkan jenayah itu sebagai “menjijikkan dan sangat mengganggu”.

“Saya langsung tidak dapat membayangkan apa yang keluarga mangsa sedang lalui sekarang. Mereka sepatutnya menyambut kelahiran seorang bayi baharu. Sebaliknya, mereka kini berkabung bagi kehilangan ibu dan mungkin juga bayi itu,” kata Johnson.

Polis dikatakan menemui mayat Ochoa-Lopez disembunyikan di dalam sebuah tong sampah ketika melakukan satu waran geledah ke atas rumah Figueroa pada malam Selasa.

“Nampaknya, Cik Ochoa-Lopez telah membeli barang bayi lain daripada Figueroa, maka mereka mengenali satu sama lain,” kata timbalan ketua Brendan Deenihan.

Pada hari kehilangan Ochoa-Lopez, Figueroa dikatakan telah bercakap dengan beliau melalui Facebook.

Remaja yang sarat me-ngandung sembilan bulan itu telah pergi ke rumah Figueroa dengan menjangka akan me-ngumpulkan beberapa pakaian bayi dan barangan lain yang disumbangkan, kata polis.

Pihak berkuasa menyatakan Figueroa dan anak perempuannya telah mencekik bakal ibu itu dengan kabel sepaksi dan mengeluarkan bayi tersebut.

Dalam masa empat jam ketika Ochoa-Lopez kali terakhir dikesan memandu di jalan raya oleh kamera pengawasan, Figueroa menghubungi perkhidmatan kecemasan mendakwa dia telah melahirkan seorang bayi yang tidak lagi bernafas.

Bayi tersebut telah dimasuk-kan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan serius. Polis menolak untuk mengesahkan status perubatan bayi terbabit.

Polis berkata kes orang hilang mereka telah berubah apabila mereka mendapat tahu tentang perbualan Facebook dan menyoal siasat Figueroa dan anak perempuannya pada 7 Mei.

Mereka telah mendapatkan satu waran geledah selepas keputusan DNA membuktikan bayi itu mempunyai hubungan dengan Ochoa-Lopez. — AFP

Advertisement