Anda di sini

Rampasan 220 ekor buaya disyaki diseludup dari Indonesia

Advertisement
PENEMUAN 220 ekor buaya di kawasan hutan bakau di Kg Pasir Putih Tawau.
PENEMUAN 220 ekor buaya di kawasan hutan bakau di Kg Pasir Putih Tawau.

 TAWAU: Penemuan 220 ekor buaya di kawasan hutan bakau, Kg Pasir Putih di sini, kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu, disyaki didalangi oleh sindiket penyeludupan.

 Penemuan jumlah luar biasa spesies reptilia terbabit hasil operasi bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL).

Pegawai Pejabat Hidupan Liar (PHL) Tawau Sailun Haris berkata, empat suspek berumur 55-61 tahun melibatkan dua lelaki tempatan dan dua warga Indonesia turut ditangkap.
 
“Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan buaya,” katanya, sambil mengesahkan terdapat 215 ekor buaya hidup, dan baki lima lagi sudah mati.

SEBANYAK 215 ekor buaya masih hidup semasa ditemui.
SEBANYAK 215 ekor buaya masih hidup semasa ditemui.

Sailun berkata, buaya-buaya yang dimasukkan ke dalam guni itu dipercayai baharu diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran Indonesia dengan menggunakan bot.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek bersama bahan bukti kes terbabit kini disita dan siasatan pula dijalankan mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
 
“Buat masa ini, kita belum dapat mengesahkan tujuan mereka, kerana siasatan baharu berjalan,” katanya, ketika ditanya jika kegiatan terbabit bermotifkan makanan eksotik.

  • oleh
  • Advertisement