Anda di sini

Promosi Gawai Raya di Chen Fung Enterprise sehingga 20 Mei

Advertisement
 Promosi Gawai Raya di Chen Fung Enterprise, Synergy Square di Matang Jaya sehingga 20 Mei ini.
TAWARAN HEBAT: Promosi Gawai Raya di Chen Fung Enterprise, Synergy Square di Matang Jaya sehingga 20 Mei ini.

KUCHING: Penjual dan pengedar aksesori perkakasan dan elektrikal, Chen Fung Enterprise yang terletak di Synergy Square, Matang Jaya di sini mengadakan Promosi Gawai Raya bermula 15 Mei lepas hingga 20 Mei ini.

Jualan promosi ini menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus ke atas pelbagai  jenis produk jenama Bosch seperti alat gerudi, alat pengendali bateri, pengetam, mesin pemotong, pengisar, Jigsaw, alat penbersih bertekanan tinggi dan banyak lagi.

Menurut jurucakap Chen Fung Enterprise, sempena dengan promosi ini, syarikat turut menawarkan harga istimewa dan hadiah percuma kepada pelanggan yang membeli alat pembersih bertekanan tinggi jenama Bosch.

Selain itu, hadiah istimewa turut akan diberikan kepada pelanggan bagi setiap pembelian bernilai RM1,000 ke atas.

“Chen Fung Enterprise telah bertapak lebih 20 tahun di Matang Jaya ini dan dipercayai oleh para pelanggannya terutama mereka yang mendiami sekitar kawasan ini.

“Selain menjual perkakasan jenama Bosch dan jenama-jenama lain, Chen Fung Enterprise turut menjual cat jenama Nippon, mesin ringan, alat pendawaian elektrik serta produk sanitari,” katanya.

Tawaran lain pada promosi ini termasuklah set kimpalan Iweld, pam air Adelino dan juga produk bengkel Sumo.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit. Bayaran secara ansuran tidak diterima tetapi tempahan awal boleh dibuat.

Dalam pada itu semua produk tahan lasak yang dijual di Chen Fung Enterprise didatangkan dengan jaminan selama setahun.

Chen Fung Enterprise dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang termasuk pada cuti Hari Wesak pada Ahad, 19 Mei ini.

Advertisement