Anda di sini

Muzik video ‘Cai Cer Ruai’ Etnik Revolution disiarkan di pawagam Sibu King’s Trioplex mulai hari ini

Advertisement
 Braden (empat kanan) bersama Pengurus King’s Trioplex Tang Chiok King (empat kiri), jurukamera muzik video Qooway Lau (tiga kirI) dan ahli kumpulan Etnik Revolution dan kru yang menjayakan muzik video  ‘Cai Cer Ruai’.
KINI DISIARKAN: Braden (empat kanan) bersama Pengurus King’s Trioplex Tang Chiok King (empat kiri), jurukamera muzik video Qooway Lau (tiga kirI) dan ahli kumpulan Etnik Revolution dan kru yang menjayakan muzik video ‘Cai Cer Ruai’.

SIBU: Muzik video single pertama Etnik Revolution berjudul ‘Cai Cer Ruai’ akan disiarkan di pawagam Sibu King’s Trioplex bermula hari ini.

Pengarah muzik video Braden Tiong dari Tempting Heart of Borneo Studio berkata, muzik video berdurasi selama 4 minit 59 saat itu akan disiarkan sebelum wayang ditayang.

“Muzik video dihasilkan dengan sentuhan berteknologi tinggi disiapkan dalam masa 72 jam selepas sesi penggambaran dijalankan di dua lokasi iaitu Pasai Siong Ili dan Bawang Assan di Sibu.

“Hutan yang meliputi alam semulajadi sesuai dengan tema muzik yang menggambarkan keunikan alam semulajadi di Sarawak,” jelasnya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Etnik Revolution akan melancarkan muzik video ‘Cai Cer Ruai’ di Mak Borneo Smokehouse (De’Vulture Cafe) di Sibu pada 24 Mei ini bermula jam 7 petang hingga 10 malam.

Orang ramai dijemput untuk datang beramai-ramai pada majlis pelancaran itu bagi memberi sokongan kepada mereka dalam mengangkat muzik tradisional komtemporari.

Malam pelancaran akan dimeriahkan dengan persembahan petikan sape secara langsung kepada para pengunjung.

Untuk rekod, ER pernah mengungguli Borneo Talent Awards (BTA) pada 2013 di Sibu, menjuarai Waterfront Music Fest 2018 (Kuching) dan pernah diundang membuat persembahan di Xiamen, Fuzhou di China pada 2012 pada Program Delegasi Pertukaran Budaya Malaysia-China.

ER ditubuhkan pada November 2011 yang menampilkan tiga adik-beradik iaitu Robin Albert Bennet selaku pemain Sape/Seruling, Hendry Albert Bennet (gitar bass) dan Harriecthmond Albert Bennet (gitar akustik).

Selain itu, anggota yang lain ialah Wat Ngelai Juan (Cajon/Dram Floor Tom), Peter (Vokalis) dan Watt Zack (Media and Rainforest Sound Effect).

  • oleh
  • Advertisement